Kangar, 21 Januari 2021 - Program "The Biggest Loser" Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis diteruskan lagi dengan aktiviti tabata yang telah diadakan pada Selasa lalu. Program yang tinggal lagi sebulan untuk dihabiskan telah memberikan kesan yang efektif kepada semua kakitangan terlibat dalam misi untuk menurunkan berat badan selain dapat menjalani gaya hidup sihat. Semoga semua kakitangan terus istiqamah agar dapat sentiasa berada dalam keadaan sihat seterusnya dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan cergas.
Kangar, 22 Januari 2021 - Tahniah kepada barisan Jawatankuasa Baru Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada Selasa lalu.
Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) bagi Sesi 2021-2022 akan diterajui oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid selaku Pengerusi, Encik Mohd Shafizan bin Bakar selaku Timbalan Pengerusi, Setiausaha Kelab disandang oleh Puan Nurul Ain binti Tralah dibantu oleh Puan Hasliza binti Morad dan Bendahari disandang oleh Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali.
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (KSKJBSPs) juga melantik ketua-ketua biro bagi memeriahkan lagi program kelab. Antaranya
Biro Kebajikan - Puan Jazilawati binti Jaafar
Biro Sukan - Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman
Biro Sosial - Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid
Biro Agama - Encik Wan Ahmad Yaziz bin Wan Din
Biro Ekonomi - Puan Isma Baizura binti Ismail.
Semoga dengan pelantikan ini dapat merancakkan lagi aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan untuk kebaikan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kelab. Semoga dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh amanah dan integriti.
DISEDIAKAN OLEH - PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 22 Januari 2021 - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diadakan pada 19 Januari 2021 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Kamarol bin Abdull Hamid selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan bagi sesi 2019-2020.
Mesyuarat kali ke dua puluh empat ini diadakan bagi membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung KSKJBSPs yang ke-23 , perkara berbangkit, membentangkan dan meluluskan Laporan Kewangan Tahunan KSKJBSPs 2019/2020 dan yang paling utama adalah Pemilihan Jawatankuasa Baru bagi sesi 2021/2022.
Tuan Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa di atas komitmen dalam menjayakan program sepanjang sesi 2019/2020. Semoga dengan pelantikan jawatankuasa baru dapat merancakkan lagi program-program Kelab Sukan dan Kebajikan ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 21 Januari 2021 - Satu Taklimat Taskforce Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi telah diadakan pada 19 Januari 2021 yang lalu. Taklimat ini telah dibentangkan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman kepada para pegawai Bahagian Sukan.
Taklimat ini diadakan adalah untuk memaklumkan para pegawai Bahagian Sukan berkaitan pewujudan Bilik Gerakan Taskforce di peringkat Negeri. Beliau juga memaklumkan jabatan akan menjadi tempat rujukan bagi pelaksanaan program, para pegawai perlu membuat pemantauan fasiliti-fasiliti sukan dan menghantar laporan harian dan mingguan kepada Ketua Sekretariat Taskforce KBS. Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis juga telah melantik Jawatankuasa bagi gerak kerja SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dalam taklimat ini.
Kangar, 21 Januari 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis melalui Program Rakan Muda Prihatin Peringkat Negeri Perlis telah turut serta dalam misi bantuan bencana Kerajaan Negeri Perlis ke Negeri Pahang bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Majlis pelepasan bagi menghantar rombongan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato Seri Azlan Bin Man dan YB Exco Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir ke majlis pelepasan tersebut Puan Norhazita binti Kamaludin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan pegawai. Rombongan misi bantuan banjir ini sepatutnya bergerak ke Negeri Pahang pada 14-16 Januari 2021 namun akibat peningkatan penularan Kes Covid-19, Kerajaan Negeri memutuskan untuk menghantar sahaja sumbangan bagi mengelakkan penularan kes. Pihak jabatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang bagi misi bantuan bencana dan juga sukarelawan yang membantu menjayakan misi bantuan pada kali ini.
Kangar, 14 Januari 2020 - Sesi cabutan undi bagi Sukan Dalaman 2021 telah diadakan pada hari ini bertempat di Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sesi cabutan ini telah dikendalikan oleh Puan Pengarah sendiri bagi membentuk empat pasukan dalam merebut Piala Pusingan Sukan Dalaman Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Setiap kumpulan diketuai oleh Head of Departments (HOD) yang terdiri daripada Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman (GREEN), Encik Kamarol Azlan bin Abdul Hamid (PINK), Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid (PURPLE) dan Puan Isma Baizura binti Ismail (ORANGE). Sukan Dalaman ini dijangka akan bermula pada Februari 2021 dan pelbagai jenis sukan akan dipertandingkan nanti. Selamat berjuang diucapkan kepada semua pasukan. Berentaplah dengan semangat kesukanan yang tinggi serta adil dan saksama. Berjuanglah dengan sejiwa murni. Semoga aktiviti sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahin sesama para pegawai dan sentiasa mengekalkan gaya hidup sihat.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDA BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 14 Januari 2021 - Mesyuarat Sekretariat Program Bantuan Bencana Banjir Rakan Muda @ Prihatin Peringkat Negeri Perlis 2021 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan, dan Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia. Program ini telah diselia oleh Bahagian Rakan Muda yang diketuai oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penyelarasan pergerakan misi bantuan banjir yang dijangka akan bergerak ke negeri Pahang bagi menyampaikan bantuan kepada daerah yang terkesan. Puan Pengerusi memohon semua Sekretariat bersedia bagi menjayakan misi ini. Pusat pengumpulan bantuan banjir masih lagi dibuka bagi mengumpul lebih banyak barang keperluan untuk diserahkan kepada mangsa banjir yang terkesan. Misi ini akan turut disertai oleh persatuan dan NGO. Semoga misi ini berjalan lancar dan dipermudahkan mangsa banjir yang terkesan dapat dibantu dengan sebaik mungkin bagi meringankan beban mereka.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH (BAHAGIAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 14 Januari 2021 - Program "The Biggest Losers" Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi sesi Saringan Kesihatan Kali Ketuga telah berlangsung selama tiga hari bermula 11 Januari 2021 dan berakhir semalam bertempat di Pusat Wellness Hub, UTC Perlis.
Para peserta terlibat dikehendaki untuk membuat saringan kesihatan antaranya, timbang berat, tekanan darah, gula dalam darah, peratus lemak dan aktiviti fizikal iaitu, sit and reach, curl up, push up, heart rate bagi mengukur tahap kesihatan para peserta.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN SURINA BINTI RAMLI (BAHAGIAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 14 Januari 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah melancarkan program Bantuan Bencana Banjir Rakan Muda Prihatin Peringkat Negeri Perlis bermula 10 Januari 2021 yang lalu. Pihak Jabatan telah mendapatkan bantuan daripada orang awam bagi mengumpul barang-barang keperluan seperti lampin bayi, tuala wanita, makanan kering, pakaian, ubat-ubatan, selimut, tuala dan pek kebersihan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Pengarah dah kakitangan jabatan telah menyusun barang-barang bantuan yang diberikan oleh orang ramai kepada jabatan sebagai tempat pengumpulan untuk dihantar kepada mangsa banjir. Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada daripada jabatan kerajaan, NGO, individu dan lain-lain kerana turut memberikan bantuan dalam menjayakan misi ini. Semoga misi ini berjalan lancar dan dipermudahkan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH (BAHAGIAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)