- JBS Perlis
- Hits: 881
PUAN PENGARAH DAN DUA PEGAWAI JBSNPs HADIRI MAJLIS GALA KEBAYA PERLIS BERSAMA DYMM TUANKU RAJA PEREMPUAN PERLIS ANJURAN PUSPANITA PERLIS
Kangar, 1 April 2021 – Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bersama dua pegawai telah menghadiri Majlis Gala Kebaya Perlis bersama DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. Program ini adalah anjuran Puspanita Perlis.
Untuk makluman, Kebaya Perlis merupakan seni warisan budaya masyarakat Melayu Perlis sebelum tahun 1930-an lagi. Ianya sangat masyhur di zaman pemerintahan Raja Syed Alwi. Kebaya Perlis dari hadapan adalah menyerupai bentuk baju kebaya berkekek dan tidak bertulang di atas bahu sama seperti baju kurung.
Oleh itu, majlis ini diadakan bagi memartabatkan kembali Kebaya Perlis sebagai salah satu warisan bagi negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH (BAHAGIAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 881








