- JBS Perlis
- Hits: 377
WARGA OKU TIDAK DILUPAKAN DALAM MENYEMARAKKAN HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Kangar, 10 Oktober 2021 - Warga OKU tidak dilupakan dalam Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis ini. Satu Pertandingan Bowling telah diadakan pada sebelah malam bertempat di Perlis Bowl bagi menyemarakkan lagi sambutannya pada kali ini. Pertandingan ini dikendalikan oleh Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli setelah bergelumang dengan Covid-19. Sukan ini antara sukan yang dapat mempamerkan semangat kesukanan dalam permainan. Terima kasih PESRON atas sokongan menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis pada tahun ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 377







\