Kangar, 21 Disember 2021 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah mengadakan lawatan ziarah kasih ke rumah kakitangan yang baru menjalani pembedahan pada minggu lalu iaitu Puan Shaharani bin Abd Rahman. Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi KSK JBSNPs, Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid dan beberapa ahli KSK, JBSNPs yang lain. Turut bersama Pengarah JBSNPs, Puan Norhazita binti Kamaludin. Pengerusi Kelab turut menyampaikan sumbangan melalui Biro Kebajikan. Pihak Kelab khasnya dan jabatan umumnya mendoakan semoga diberi kekuatan dan cepat sembuh kepada Puan Shaharani. Semoga dengan ziarah kasih ini dapat menghidupkan semangat kekitaaan dengan harapan dapat meringankan sedikit sebanyak gundah gulana.DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 21 Disember 2021 - Satu Mesyuarat Pasca Banjir@JBSNPs Prihatin telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir Puan Norhazita binti Kamaludin, Penasihat KSK JBSNPs.Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras misi bantuan mangsa yang terkesan dengan banjir yang dikendalikan oleh Unit Rakan Muda dan akan bekerjasama dengan KSK JBSNPs. Semoga misi ini berjalan lancar dan dipermudahkan.DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 17 Disember 2021 - Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Melukis Poster bertemakan Covid-19 sempena Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis yang diumumkan pemenangnya hari ini. Pertandingan ini dikendalikan oleh Majlis Kelab Bell Belia Tamil Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis. Hemaprrabha Seeralan telah diumumkan sebagai juara bagi pertandingan ini yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyk RM250. Tempat kedua dimenangi oleh Mathen Maradaiya manakala tempat ketiga dimiliki oleh Muhammad Hanif Danial bin Basri yang masing-masing membawa hadiah wang tunai RM150, dan RM70. Dengan adanya program-program sebegini diharap dapat memberi manfaat kepada para belia dengan mengisi waktu lapang dengan aktiviti sihat disamping dapat mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. DISEDIAKAN OLEH : WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 15 Disember 2021 - Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan "Voice Online Challenge" sempena Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis yang diumumkan pemenangnya hari ini melalui Facebook Majlis Belia Negeri Perlis. Pertandingan nyanyian secara online ini dikendalikan oleh MAYC Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis. Muhammad Hafiz Shafawi telah diumumkan sebagai juara bagi pertandingan ini yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyk RM250. Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Imran bin Iskandar manakala tempat ketiga dimiliki oleh Nurul Akhma Shahira binti Mat Zunek dan tempat keempat milik Muhammad Fauzan bin Sharizam yang masing-masing membawa hadiah wang tunai RM150, RM100 dan RM75. Dengan adanya program-program sebegini diharap dapat memberi manfaat kepada para belia dengan mengisi waktu lapang dengan aktiviti sihat disamping dapat mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. DISEDIAKAN OLEH : WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 11 Disember 2021 - Acara pertama bulan 12 tahun lepas di Lumut Perak. Selepas Malaysia dilanda Pendemik, program diteruskan secara Virtual dan Majlis Penutupnya dilaksanakan di Perlis dan dirasmikan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.Dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan "Program yg mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan di bawah Cawangan Pembangunan Sukan OKU diharap dapat diteruskan pada tahun hadapan dan meneruskan kerjasama bersama PESRON agar dapat mengenengahkan bakat baru kategori kerdil dlm sukan para yang akan dtg".Program ini berlangsung di Tasoh Lake Resort dengan kehadiran 50 penyertaan Pertubuhan Kebangsaan Org Kerdil Malaysia dari seluruh Negara.DISEDIAKAN OLEH : WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 5 Disember 2021 - Sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia yang disambut pada setiap 5 Disember, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis telah melaksanakan program Rakan Muda Day Out 2021 Peringkat Negeri Perlis.Program yang dianjurkan bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sanglang, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mata Ayer, Koperasi Al Ameen serta Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis ini telah dilaksanakan di tiga tempat berasingan iaitu gotong royong di sekitar Persisiran Pantai Sungai Padang, aktiviti ziarah kepada golongan- golongan belia yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di Mata Ayer serta gotong royong di sekitar kawasan Kampung Ujung Bukit. Turut diadakan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Sukarelawan MYVAC Negeri Perlis yang disampaikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.Seramai 100 orang peserta terlibat dalam program ini .Semoga aktiviti kesukarelawanan di kalangan belia negeri Perlis akan terus mekar dan berkembang dengan lebih pesat lagi pada masa akan datang.DISEDIAKAN OLEH : MOHD NOORAHIMI BIN RAMLI (UNIT RAKAN MUDA)DISUNTING OLEH : WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 7 Disember 2021 - Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan KBS Freestyles Challenge sempena Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis yang diumumkan pemenangnya hari ini melalui Facebook Majlis Belia Negeri Perlis. Aktiviti yang diadakan adalah menimbang bola yang dikendalikan oleh Gerakan Belia 4B Cawangan Perlis dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis. Muhammad Redzwan bin Rohane telah diumumkan sebagai juara bagi pertandingan ini yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyk RM250. Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Syafi Amir bin Ab Aziz dan tempat ketiga dimiliki oleh Faris Asyraf yang masing-masing membawa hadiah wang tuni RM150 dan RM70. Dengan adanya program-program sebegini diharap dapat memberi manfaat kepada para belia dengan mengisi waktu lapang dengan aktiviti sihat disamping dapat mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. DISEDIAKAN OLEH : WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kuala Perlis, 3 Disember 2021 - Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Pertubuhan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis yang melabuhkan tirainya pada malam ini yang diadakan bertempat di Ocean Glow, Kuala Perlis. Kemenangan ini telah diumumkan pada malam Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis yang telah mencapai malam kemuncaknya hari ini. Penyampaian Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis. Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas peluang dan ruang yang diberikan sehingga sampai ke tahap ini. Ini merupakan kenangan manis buat kami. Semoga terus berjaya dan mengekalkan prestasi cemerlang dan terus aktif sebagai persatuan tunggal yang sentiasa kekal relevan untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat. Tahniah dan syabas diucapkan.DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kuala Perlis, 3 Disember 2021 - NG Su Ying, Pengerusi Persatuan Buddhist Negeri Perlis telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Individu Wanita Anugerah Perdana Belia Negara yang diumumkan pada Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis di Ocean Glow, Kuala Perlis pada malam ini. Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis. Sekalung tahniah diucapkan kepada NG Su Ying di atas anugerah yang diterima. Semoga dengan kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya di masa akan datang dan memberi motivasi kepada belia-belia lain di negeri Perlis ini untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara. Naib Johan bagi individu wanita disandang oleh Nur Aini binti Chik daripada Majlis Belia Felda Malaysia Negeri Perlis.DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI