- JBS Perlis
- Hits: 523
MYVAC PERLIS BANTU PROGRAM VAKSINASI COVID-19 ‘KHAS’ KUALA PERLIS SECARA “WALK-IN”

Kangar, 15 Ogos 2021 – Seramai Sembilan orang MyVAC Perlis telah terpilih untuk membantu pasukan Progam Vaksinasi Covid-19 ‘Khas’ Kuala Perlis secara “walk-in” yang berakhir hari ini. Program itu diadakan bagi memberi vaksin kepada penduduk kampung yang terpilih dan belum mendapat tarikh temujanji serta menepati kriteria yang diperlukan sekitar Kuala Perlis selama lima hari tersebut. Dengan adanya program ini dapat meningkatkan lagi kadar vaksinasi di negeri Perlis ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada MyVAC Perlis di atas bantuan dan komitmen yang diberikan bagi melancarkan lagi program ini. Pegawai pemantau bagi MyVAC di Kuala Perlis ini adalah Encik Alzrie Helery Tisin.
DISEDIAKAN OLEH: ENCIK MOHD NOORAHIMI BIN RAMLI (UNIT RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 523



