- JBS Perlis
- Hits: 544
TAHNIAH! EMPAT PEGAWAI JBSNPs TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN PEKERJA CEMERLANG 2020

Kangar, 12 April 2021 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah diadakan pada hari ini secara fizikal dan atas talian. Seramai empat orang Penerima APC dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis turut sama terlibat sama dalam majlis tersebut di atas talian bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sekalung tahniah diucapkan kepada Penerima APC pada tahun 2020 iaitu Pengarah Negeri sendiri, Puan Norhazita binti Kamaludin, Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Puan Hasliza binti Morad, Pembantu Belia dan Sukan dan Encik Ruzaimy bin Abdul Rahim, Pemandu Kenderaan. Semoga terus komited dan cemerlang dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.
DISEDIAKAN OLEH: ENCIK ROZI BIN ARIFFIN (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 544







