- JBS Perlis
- Hits: 272
PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) "BOOSTER" PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2022
- JBS Perlis
- Hits: 272

Kangar, 19 Jun -Seramai 30 orang peserta terdiri daripada telah berjaya menghadiri Kursus Asas Orienteering Tahap 1 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022.
Kursus selama 2 Hari 1 Malam ini telah dilaksanakan bermula pada 18 & 19 Jun 2022 bertempat di Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis merupakan penganjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis kerjasama Kelab Pelancongan Utara (NSTC) dan Persatuan Orienteering Malaysia (PESOM) yang diketuai oleh En Shamsuri Abd Latif.
Objektik utama kursus ini bagi mendedahkan peserta kepada asas teknik orienteering yang betul disamping memerlukan kemahiran navigasi menggunakan peta dan kompas untuk bernavigasi. Kemahiran yang menggunakan kompas adalah asas yang perlu dikuasai oleh peserta berpandukan peta yang diberikan.
Majlis Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ; Encik Mohd Nizam Bin Mat Daud.
Disamping itu, tidak dilupakan kepada semua peserta yang giat aktif menyertai kursus ini dan berharap agar dapat meneruskan sukan orienteering ke peringkat seterusnya kelak.
Syabas dan tahniah diucapkan.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTABIR PORTAL)
Kangar, 19 Jun 2022 - Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia Peringkat Negeri Perlis 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh, Perlis. Program ini adalah anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Senario masa kini, kesan daripada pembangunan serta peningkatan taraf ekonomi negara dan rakyat memperlihatkan berlakunya peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia yang mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak. Kemajuan yang dikecapi menyumbang kepada keterlibatan belia dalam permasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah, merogol, buli, meragut, jenayah siber, pelacuran dan membunuh diri. Oleh itu, program berbentuk forum ini telah diadakan pada hari ini bagi mengupas isu Dilema Belia: Kehendak atau Pilihan? bersama barisan panel jemputan iaitu Dr. Hirwan bin Jasbi Jaafar, Pensyarah Universiti Malaysia Perlis dan Encik Mohd Zularez bin Mohd Nor, PK Hem, SMK Syed Saffi bersama Moderator Nur Adiniy Fikriyah binti Mohamad Azizi, di mana program ini diadakan bagi meningkatkan penglibatan belia sebagai agen perubahan dan memainkan peranan membantu mencegah gejala sosial dalam masyarakat.
Majlis Penutup program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Aziz Ariffin, Ahli Dewan Negara. Turut hadir, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis,Encik Izan Asmawi bin Habidan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 19 Jun 2022 - Unit Kecergasan Nasional Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Trash Hero Perlis telah mengadakan Program Fresh2Fit Peringkat Negeri Perlis untuk Siri Kedua di Perkarangan Hotel Putra Brasmana dan Persisiran Pantai Masjid AL-Hussain Kuala Perlis, Perlis.
Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti senamrobik dan berjalan kaki di Persisiran Pantai. Objektif program ini adalah untuk membudayakan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti fizikal sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, ia dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan komuniti setempat serta menggalakan amalan memelihara alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.
Peserta-peserta yang terlibat adalah dari kalangan ahli Trash Hero Perlis, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Ahli Majlis Belia Negeri Perlis, Pelajar- pelajar daripada institusi pengajian tinggi seperti UiTM, UniMAP, Kakitangan Agensi-Agensi dari Negeri Perlis serta penduduk setempat.
Program ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Aziz Ariffin, Ahli Dewan Negara. Turut hadir, Pengarah JBSN Perlis Encik Mohd Nizam bin Mat Daud dan Ketua Unit Rakan Muda Encik Kamarunzaman bin Abdul Hamid. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 17 Jun 2022 - Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis iaitu:
1) Encik Mohamad Faizal bin Abdul Majid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29)
2) Encik Asmadi bin Ali, Pembantu Operasi (N11)
Majlis ini telah diadakan secara hibrid bagi meraikan seramai 102 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021.
Semoga ianya menjadi pendorong semangat untuk lebih cemerlang di masa hadapan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 16 Jun 2022 – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Sidang II Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Regency Grand Ballroom, The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Hamizan bin Hassan, Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis. Majlis ini adalah anjuran Majlis Belia Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform dalam membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat, meneroka dimensi baru dalam agenda pembangunan belia selaras dengan scenario perubahan semasa dan menzahirkan pelan tindakan bagi menangani sebarang isu pembangunan belia kesan daripada kemelesetan ekonomi semasa.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara (Senator) dan Dr Mohd Hafizuddin bin Baki, Penolong Pendaftar, Pejabat Pertubuhan belia Zon Utara sebagai pakar rujuk, Saudara Amir Syarifuddin Abdul Majid, Exco Majlis Belia Malaysia, jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Negeri Perlis, Pengerusi-pengerusi Persatuan Gabungan dan Persatuan Tunggal serta Majlis Perwakilan Pelajar.
Dua pembentangan telah diadakan pada kali ini iaitu Ekosistem Keusahawanan MARA Pemangkin Kelestarian Usahawan Bumiputera oleh Encik Mohd Azam bin Jamaludin, Pengarah Pejabat MARA Negeri Perlis Negeri Perlis dan Program Pertanian untuk Belia yang dibentangkan Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Semoga pembentangan ini dapat memberi input yang bermanfaat dan disebarkan secara meluas untuk belia-belia Perlis.
Acara kemuncak adalah agenda utama majlis iaitu pembentangan usul. Sebanyak sembilan usul telah dibahaskan pada kali ini antaranya pelaksanaan skim latihan, inisiatif jamin kerja, kebolehpasaran peluang pekerjaan, kursus kepimpinan yang lebih berimpak tinggi, inisiatif dalam bidang pertanian dan lain-lain lagi. Semoga usul yang dibentangkan ini dapat dibawa ke peringkat yang sewajarnya untuk diperhalusi dalam mencari titik penyelesaian.
Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini. Semoga berjumpa lagi.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Arau, 13 Jun 2022 - Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Mohd Shafizan bin Bakar, Pegawai Pembangunan Sukan OKU di atas Penganugerahan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang dikurniakan di Istana Arau, Arau Perlis hari ini.
Semoga penganugerahan ini membakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh komited dan dedikasi.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 12 Jun 2022 - Kejohanan Futsal Kategori Lelaki dan Wanita merupakan acara penutup bagi program "Malaysia Sports League" Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis. Acara yang berlangsung selama dua hari ini telah melibatkan sebanyak 32 penyertaan dan berlangsung dengan meriahnya di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.
Pasukan KSMR Kangar A telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Lelaki manakala bagi Kategori Wanita dijulang oleh Pasukan Perlis United A yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2000 beserta medal. Bagi tempat Kedua dirangkul oleh Pasukan Northern Eagle bagi Kategori Lelaki dan Pasukan KSMR LDS bagi Kategori Wanita yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 beserta medal. Manakala tempat ketiga bersama bagi Kategori Lelaki dimiliki oleh KSMR Kangar C dan Heng-Heng FT bagi Kategori Lelaki serta Alwian's FC dan Perlis United B bagi Kategori Wanita yang membawa pulang hadiah wang tunai RM700 masing-masing beserta medal.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara kepada semua pemenang. Turut bersama adalah Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis serta Encik Anuar Abidin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang bertanding dalam kejohanan ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Eksplorasi dan Riadah Menghayati Alam Semulajadi
Kangar, 12 Jun 2022 - Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Perlis 2022 telah diadakan dengan jayanya selama dua hari yang bermula semalam dan berakhir hari ini. Program ini diadakan di Kem Hujan-Hujan,Gua Kelam, Negeri Perlis melibatkan 30 orang penyertaan.
Fokus utama program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta menerusi eksplorasi menghayati alam semulajadi dengan mengunjungi lokasi yang berteraskan alam .
Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan dan keindahan alam semulajadi. Dengan adanya aktiviti ini, ia dapat meningkatkan rasa penghargaan para peserta mengenai pentingnya pemeliharaan alam semulajadi yang amat tidak ternilai harganya.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti mengenali ekosistem hutan, sungai, gua yang bersejarah, paya dan lain-lain; aktiviti penghayatan alam semulajadi seperti berjalan malam di dalam hutan dan ``Caving’ di dalam Gua Kelam dengan melalui air di dalam gua yang dikendalikan oleh fasilitator bertauliah, Encik Hazuan bin Hamzah.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Bin Mat Daud , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06