- JBS Perlis
- Hits: 242
PROGRAM LET'S GET FIT SIRI 4 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2022 BERTEMAKAN KEMERDEKAAN TERUS SEMARAKKAN GAYA HIDUP SIHAT
21 Ogos 2022 – Program Let’s Get Fitri 4 ( Senamrobik ) sempena Hari Kebangsaan ke 65 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Besar, Jabatan Belia dan Sukan negeri Perlis. Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini yang juga merupakan program di bawah Unit Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan negeri Perlis.
Antara objektif pelaksanaan adalah menyokong matlamat Agenda Nasional Sihat Malaysia (ANSM) dalam menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.
Pihak jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Kelab Sukan Kecergasan Aura dan semua KBSi negeri Perlis kerana telah sama-sama menjayakan program ini dengan penuh semangat kecergasaan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN SURINA BINTI RAMLI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTABDIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 242
