- JBS Perlis
- Hits: 638
LAWATAN KERJA BAGI MENGENALPASTI LALUAN BERBASIKAL "PERLIS STATE OF CYCLIST 2020"

Kangar, 20 Disember 2019 - Satu lawatan kerja bagi mengenalpasti laluan berbasikal "Perlis State of Cyclist 2020" telah diadakan pada pagi ini bertempat di Empangan Timah Tasoh.Program berbasikal ini adalah sejauh 95km bermula di Dataran Dato' Sheikh Ahmad dan Empangan Timah Tasoh merupakan salah satu "checkpoint" bagi laluan berbasikal ini nanti.
Lawatan kerja ini dihadiri oleh YB Gan Ay Ling, ADUN Indera Kayangan, Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan, dan Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Semoga semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar sekaligus menjadikan sukan sebagai budaya serta negeri Perlis sebagai salah satu tempat sukan pelancongan.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 638







