
Kangar, 31 Oktober 2019 - Program Apiring Perlis Geopark telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2019 yang lalu bertempat di Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geologi Kedah/Perlis/Pulau Pinang dalam merealisasikan penubuhan Geopark Negeri Perlis.
Penubuhan Geopark ini penting bagi memelihara dan memulihara warisan yang terdapat di negeri Perlis daripada terancam. Antara kawasan berpotensi untuk dijadikan sebagai geotapak Geopark Negeri Perlis adalah Gua Kelam, Gua Cenderawasih, dan Gua Wang Burma.
Antara aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan program ini adalah Pameran dan Kuiz Geopark, Pertandingan mencipta Logo Geopark Negeri Perlis, Pertandingan Treasure Hunt, Pertandingan Plogging Race dan cabutan bertuah sekaligus mencapai objektif kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran awam dan pengetahuan berhubung penubuhan Geopark Negeri Perlis.
Program Aspiring Perlis Geopark ini dirasmikan oleh YB Tuan Teh Chai Aan, AMMK Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau dan Kesihatan.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 726








