
Kangar, 06 Februari 2020 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pesta Angin Timur 2020 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Seminar Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB. TUAN NURULHISHAM BIN YAAKOBA.M.P., P.M.P., P.J.K., P.J.B., EXCO PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI.
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi Pesta Angin Timur ini. Program ini akan dilaksanakan di Jalan Lintasan Tengah, Kampung Oran, Mata Ayer, Perlis pada 28, 29 Februari dan 1 Mac 2020 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah aktiviti wau, mengail hasil tanaman, tangkap itik, kayuh gerek dalam bendang, fun run pesta angin timur, paintball, memasak ikan keli, badang bendang, tarik tali, sukaneka rakyat, pertandingan pukul bantal, pameran, jualan dan macam-macam lagi di mana ia menonjolkan aktiviti-aktiviti di dalam bendang yang jarang dilihat dan mampu memaparkan keunikan cara hidup masyarakat petani.
Untuk makluman, Pesta Angin Timur mengambil nama sempena peredaran musim panas yang dibawa oleh angin dari sebelah timur ke negeri Perlis. Program tahunan ini adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Kerajaan Negeri Perlis yang dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 675









