- JBS Perlis
- Hits: 648
RUMAH AOR JUARAI KEJOHANAN ESPORTS PERLIS MOTORDAY 2019 KATEGORI MOBILE LEGENDS
Kangar, 17 Disember 2019 - Kejohanan E-sports turut diadakan bagi memeriahkan lagi Program Perlis Motorday 2019 yang diadakan pada 14 Disember yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Perlis.
Rumah AOR telah dinobat sebagai juara bagi kategori Mobile Legends, 1 Runner Up disandang oelh pasukan Pika-Pika Esports, 2nd Runner Up oleh pasukan TYSM dan 3rd Runner Up disandang oleh pasukan Virtual Allience. Para Pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai. Tahniah diucapkan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 648







