
Kangar, 26 November 2019 - Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirjajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid serta DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah bercemar duli dan berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Perkhidmatan Awam "Kasih Terpahat Menjunjung Daulat" sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-76 DYMM Tuanku Raja Perlis pada 18 November 2019 yang lalu bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
Pengarah dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis seramai lapan orang turut hadir memeriahkan majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam. Turut diadakan persembahan pentas daripada pelbagai agensi dan ketua-ketua jabatan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 558








