
Kangar, 29 Oktober 2019 - Telah berlangsung dengan jayanya Program Jom Aerofit kali kelima yang telah diadakan pada 19 Oktober 2019 yang lalu bertempat di Studio Y-Centre, UTC Perlis. Sesi kali ini diadakan pada waktu malam. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh instruktor bertauliah KBS.
Jom 'aerofit' merupakan satu usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkasa dan mengembangkan bidang aerobik/senamrobik selain memberi peluang kepada instruktor-instruktor bertauliah daripada KBS dalam memperluaskan kemahiran dan penerapan budaya sukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti tanpa mengira kaum, bangsa, bandar mahupun luar bandar. Semoga berjumpa pagi untuk temujanji kita seterusnya.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 693








