- JBS Perlis
- Hits: 663
SW CORP PERLIS TIDAK KETINGGALAN MENGADAKAN AKTIVITI SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2019

Kangar, 12 Oktober 2019 - SW Corp negeri Perlis melalui Kelab Sukan dan Rekreasi SWCorp (KESISMA) tidak ketinggalan mengadakan aktiviti sukan sempena Bulan Sukan Negara pada hari semalam melibatkan warga SW Corp Perlis.
Antara aktiviti sukan yang diadakan adalah senamrobik dan juga mendaki bukit sambil melakukan aktiviti plogging di Pusat Rekreasi Gua Kelam, Perlis. Manakala pada sebelah petang pula diadakan Pertandingan Bowling peringkat SW Corp di Lite Superbowl Perlis melibatkan 35 orang warga kerja SW Corp Perlis selaras dengan objektif BSN2019 iaitu membudayakan sukan di kalangan masyarakat.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SW Corp negeri Perlis di atas sokongan kepada Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis ini.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 663







