- JBS Perlis
- Hits: 818
XPDC DAN PLOGGING BUKIT TOK DUN SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2019

Kangar, 31 Oktober 2019 - Telah berlangsung dengan jayanya program XPDC dan Plogging sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 pada hari Ahad yang lalu bertempat di Bukit Tok Dun Perlis. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Sena, Persatuan Kebajikan Penduduk Alor Lanchang Perlis, SW Corp Perlis dengan kerjasama Perlis Trash Hero serta Kelab Sukan dan Rekreasi Sena Jaya.
Program ini telah disertai seramai 162 orang peserta termasuklah KUIPs, POS MALAYSIA, PERKESO Perlis dan lain-lain agensi lagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membudayakan amalan kebersihan di kalangan peserta dengan membersih sampah di sepanjang laluan mendaki Bukit Tok Dun sehingga ke puncak. Sebanyak 60.3kg sampah telah berjaya dikutip yang kebanyakkannya terdiri daripada sampah yang boleh dikitar semula seperti botol plastik dan kotak air minuman.
Pihak SW Corp berharap agar semua pengunjung yang datang beriadah di Bukit Tok Dun ini agar dapat menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata bagi mengekalkan tahap kebersihan yang optimum dan sedap mata memandang.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 818








