
Kangar, 8 November 2019 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin berbesar hari memberikan sumbangan peralatan sukan iaitu bola sepak kepada jurulatih Pembangunan Bola Sepak Perlis, Encik Mohd Shahabuddin bin Kadir. untuk kegunaan pemain-pemain yang berumur 7 hingga 12 tahun di bawah Program Pembangunan Negara Malaysia atau National Football Development Programme of Malaysia bagi Negeri Perlis.
Untuk makluman, PPBN adalah langkah positif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan dengan membuat menarik lebih ramai pemain berkualiti di peringkat akar umbi. Di bawah program ini, lebih daripada 50,000 pemain akan dilatih pada tahun 2020. Ia adalah gaya permainan di mana pemain boleh bertukar antara serangan dan pertahanan dengan cepat. PPBN meliputi skop yang luas - pendidikan jurulatih, pencari bakat, kemudahan, infrastruktur, pertandingan kualiti dan kuantiti di pelbagai peringkat - kerana ia bertujuan untuk menyediakan anak-anak muda untuk permintaan yang tinggi bola sepak profesional.
Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu Program Pembangunan Bola Sepak bagi negeri Perlis ini bagi mencari bakat anak muda yang baru dan dapat mewakili Malaysia suatu hari nanti. Selamat maju jaya.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 791








