- JBS Perlis
- Hits: 677
LIGA FUTSAL 6 PENJURU AGENSI KERAJAAN NEGERI PERLIS SIRI KEDUA DI BULAN SUKAN NEGARA

Kangar, 30 Oktober 2019 - Telah berlangsung dengan jayanya Liga Futsal 6 Penjuru Antara Agensi Kerajaan Negeri Perlis Siri 2 pada 24 Oktober 2019 yang lalu bermula jam 8.30 malam bertempat di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Perlis. Program ini adalah anjuran Biro Sukan Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Agensi yang terlibat adalah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jabatan Kerjaraya Negeri Perlis, PDRM Perlis, MARITIM, MAIPs dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
Tempat pertama telah disandang oleh PDRM Perlis, kedua Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis, ketiga Jabatan Kerja Raya Negeri Perli, keempat MARITIM, kelima Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan keenam MAIPs.
Selain daripada sebagai tanda sokongan kepada Bulan Sukan Negara, program sebegini dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain walaupun berlainan agensi.
DISEDIAKAN OLEH
WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 677








