
KANGAR, 28 MAC 2019 – Yang DiPertua Majlis Belia Negeri (MBN) Perlis, saudara Noor Hairi Bin Noor Mohamed telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis yang baru, Puan Norhazita Bt Kamaludin di pejabatnya di sini semalam sebagai salam perkenalan bagi mengeratkan hubungan baik antara MBN Perlis dan JBSN Perlis.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Belia, Puan Nurmasnira Bt Morad.
Beberapa perkara utama dan penting berhubungan isu memperkasakan pertubuhan belia dan membangun dan memajukan ahli pertubuhan belia di negeri Perlis telahpun dibincangkan bersama.
Antaranya, perbincangan berkaitan senario semasa belia di negeri Perlis.
Selain itu, YDP MBN Perlis turut melahirkan kesediaan untuk terus memberikan komitmen yang tinggi kepada pihak jabatan di bawah pengarah yang baru dalam penganjuran program-program belia dan sukan secara bersama antara JBSN Perlis dan MBN Perlis.
Puan Pengarah menyambut baik usaha dan komitmen yang diberikan oleh YDP MBN yang mewakili badan-badan gabungannya yang lain.
Melalui kunjungan hormat itu, adalah diharapkan hubungan erat dan harmoni antara JBSN Perlis dan MBN Perlis akan kekal utuh dan berterusan demi kecemerlangan organisasi belia dan ahli-ahli belia serta anak muda di negeri Perlis.
- JBS Perlis
- Hits: 997
















































