
Kangar, 28 Ogos 2019 - Program Sekolah Rukun Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Ogo 2019 yang lalu bertempat di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, Perlis. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan IKBN Kuala Perlis. Program ini berlangsung selama satu hari melibatkan pelajar tingkatan enam daripada sekolah di negeri Perlis ini.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi dan meningkatkan pengetahuan generasi muda bagi mentransformasikan nilai-nilai demokrasi. Melalui kaedah ini, generasi muda diajar menjadi celik minda, mempunyai kesedaran yang tinggi dan keupayaan dalam mentafsir isu global seiring dengan kemajuan Negara. Program ini juga berfungsi sebagai platform untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan semangat kenegaraan, patriotik, nilai-nilai politik dan tadbir urus negara di kalangan generasi muda. Menjana perpaduan dan kesefahaman yang lebih erat menggunaka konsep intelektual dan lebih ilmiah melalui Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan NGOs yang terdapat di Malaysia. Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi, generasi muda juga diberi peluang untuk menyahut cabaran sebagai pelapis generasi yang akan menerajui negara kelak.
Antara intipati yang ditekankan sepanjang program ini adalah Rukun Negara oleh i-LEAD, Suara Demokrasi Belia oleh Persatuan Pengundi Muda, Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pendidikan Pengundi secara teori dan simulasi oleh Akademi Pilihan Raya Malaysia.
Diharapkan Program Sekolah Rukun Negara ini dapat melahirkan golongan muda yang mempunyai semangat kenegaraan dan patriotik. Semoga para peserta terlibat dapat menyedari tentang perpaduan dan kesefahaaman yang lebih erat melalui konsep intelektual dan lebih ilmiah.
Disediakan oleh
Cik Wan Nouriedah binti Megat Ghazali
- JBS Perlis
- Hits: 679








