- JBS Perlis
- Hits: 603
YOUTH BUSINESS EXPO (yBEX@Perlis2019) TURUT MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2019


KANGAR, 30 JULAI 2019 – Youth Business Expo 2019 merupakan salah satu program anjuran Unit Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang bertujuan untuk memberi dorongan dan galakan kepada golongan belia yang bergelar usahawan untuk menjana pendapatan sendiri melalui program ini.
Program ini juga dilaksanakan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 pada bulan lalu.
Pelbagai program usahawan antaranya Seminar Penyediaan Sijil Halal, Ceramah Ikon Usahawan, Talk E-Usahawan, Demonstrasi Mobile Facial SPA untuk memberi motivasi kepada belia untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawan.
Turut diadakan pameran agensi dan jualan usahawan bagi memeriahkan lagi program ini.
- JBS Perlis
- Hits: 603




























