KANGAR, 7 MEI 2019 - Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis telah meluangkan masa mengadakan jamuan 'potluck' beramai-ramai sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak 1440H di Jabatan itu Jumaat lepas.
Jamuan itu diadakan selepas Majlis Penyerahan Bendera Atlet Para Negeri Perlis Ke Beijing 2019 World Para Athletics Grand Prix - The 7th China Open Athletics Championships pada 8 Mei - 12 Mei 2019.
Antara bahagian yang menyumbang menu ialah Bahagian KOMBES, Pentadbiran & Kewangan, Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk Puan Pengarah JBSN Perlis, Puan Norhazita Bt Kamaludin yang menyediakan menu istimewa Bubur Lambuk Pantai Timur.
Program yang mengeratkan hubungan silatulrahim antara kakitangan itu disertai oleh semua pegawai dan kakitangan.
Menu menarik yang disediakan antaranya ialah spaghetti bolognese, kek red velvet, puding roti, puding kastad, pelbagai kuih muih, kerabu mangga, minuman dan fruit koktail.
Program potluck menyambut bulan Ramadhan tersebut dianjurkan setiap tahun oleh JBSN Perlis.

- JBS Perlis
- Hits: 717