- JBS Perlis
- Hits: 679
PENGARAH JBSN PERLIS PENGERUSIKAN MESYUARAT PENYELARASAN HBN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2019

KANGAR, 28 MEI 2019 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis, Puan Norhazita Bt Kamaludin telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Perlis 2019 di sini hari ini.
Hadir sama Penolong Pengarah Sukan, Encik Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid.
Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terkini berkaitan gerak kerja dan persiapan yang telah dilakukan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan HBN Peringkat Negeri Perlis 2019 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2019 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Sebanyak 21 wakil jabatan dan agensi telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Turut hadir empat persatuan yang berkolaborasi bersama pihak JBSN Perlis iaitu Majlis Belia Negeri Perlis, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Perlis, Gerakan Belia 4B Negeri Perlis dan Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis.
Sambutan HBN Peringkat Negeri Perlis 2019 digabungkan bersama-sama dengan Program Youth Business Expo (YBEX) @ Perlis 2019 dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 yang akan disempurnakan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perlis.
- JBS Perlis
- Hits: 679






























