- JBS Perlis
- Hits: 637
JBSN PERLIS DILANTIK SEBAGAI JAWATANKUASA KECIL PUBLISITI DAN MEDIA BAGI PROGRAM "ASPIRING GEOPARK" NEGERI PERLIS 2019

Kangar, 25 September 2019 - Satu mesyuarat Jawatankuasa Kecil telah diadakan pada 24 September 2019 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Aquamarine, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Negeri Perlis. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan MOTAC Perlis telah dilantik sebagai Jawatankuasa Publisiti dan Media bagi membuat promosi dan hebahan berkenaan program ini kepada orang ramai melalui media sosial dan page jabatan masing-masing.
Untuk makluman, program ini akan diadakan pada 26 Oktober 2019 (Sabtu) bertempat di Taman Awam, Bukit Lagi, Perlis bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 637








