
Kangar, 19 Ogos 2019 - Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri Perlis 2019 pada 27 Julai 2019 yang lalu bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara.
Dimaklumkan bahawa modul penerimaan MYKD di bawah sistem e-roy telah mula dilaksanakan pada bulan Jun 2018. Penghantaran MYKD secara talian ini bertujuan untuk memudahkan dan meningkatkan bilangan penghantaran MYKD ke pejabat pendaftar pertubuhan belia.
Bengkel ini telah disertai oleh para persatuan dari negeri Perlis dan Langkawi. Turut hadir ialah pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi. Melalui bengkel ini, persatuan belia boleh mengajukan segala permasalahan mengenai MYKD persatuan masing-masing bagi membolehkan mereka terus aktif.
Sijil penyertaan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin.
- JBS Perlis
- Hits: 676









