











KANGAR, 23 MEI 2019 - Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Datuk M Noor Azman Bin Taib telah mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis sempena Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis pada 17 Mei 2019 yang lalu.
Lawatan mengejut itu diadakan pada sebelah petang Jumaat lepas selepas beliau mengadakan perjumpaan dan lawatan ke IKBN Kuala Perlis pada sebelah pagi.
Ketibaan beliau di JBSN Perlis disambut oleh Pengarah, Puan Norhazita Bt Kamaludin. Turut serta Penolong Pengarah Sukan, Encik Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid, Ketua Unit Rakan Muda, Kamarunzaman Bin Abd. Hamid serta Pengurus KOMBES, Puan Isma Baizura Bt Ismail.
Datuk M Noor Azman telah menandatangani buku pelawat serta diberi taklimat ringkas carta organisasi oleh Puan Pengarah.
Beliau turut meluangkan masa bertemu dengan pegawai dan kakitangan JBSN Perlis.
- JBS Perlis
- Hits: 737





















