KANGAR, 25 MAC 2019 - Sambutan hari lahir bulan Mac Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis disambut meriah sempena Majlis Perhimpunan Bulanan JBSN Perlis Bagi Bulan Mac 2019.
Majlis yang diadakan di Y Center UTC Kangar pada 22 Mac 2019 yang lepas telah meraikan lima orang pegawai termasuk Penolong Pengarah Belia, Puan Nurmasnira Bt Morad.
Mereka diraikan dengan memotong kek hari lahir serta penyampaian kad ucapan.
Selain Puan Nurmasnira, turut meraikan hari lahir ialah Pegawai Kecergasan, Encik Zulkernien Bin Wahab, Pembantu Belia dan Sukan, Encik Adzib Bin Ariff, Ketua Pembantu Tadbir, Encik Mohamad Saheni Bin Mohamed Sakewi dan Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi, Puan Khairunnisa Bt Abu Bakar.
Sebelum itu, majlis perhimpunan bulanan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, negeri Perlis dan perkhidmatan awam.
KANGAR, 22 MAC 2019 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sedang melaksanakan Program Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia.
Program ini bertujuan untuk menilai dan mengukur prestasi pertubuhan belia dan memberi pengikhtirafan secara formal kepada pertubuhan belia yang cemerlang.
Pertubuhan belia yang berjaya memperolehi penarafan lima (5) bintang akan diberikan insentif berbentuk sijil penghargaan dan pertimbangan permohonan bantuan daripada Kementerian.
Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis adalah merupakan satu-satunya persatuan tunggal di Perlis yang layak dinilai untuk menarafan ini.
Persatuan ini telah menghantar MYKD yang lengkap bagi tiga (3) tahun berturut-turut mulai 2016-2018.
Mereka juga telah menghantar MYKD tahun 2019 setelah berjaya melaksanakan AGM pada bulan Februari 2019 yang lepas.
Persatuan ini diketuai oleh Pengerusinya iaitu Saudara Muhammad Azim Bin Omar dan Setiausahanya Saudara Mohd Harith Bin Ibrahim.
Persatuan ini telah menjalankan operasi mereka di Masjid Negeri Arau dan merupakan persatuan tunggal dengan kekuatan ahli seramai 87 orang ahli termasuk golongan OKU.
Persatuan ini mula ditubuhkan pada tahun 2013 dan purata umur keahlian mereka adalah dibawah 30 tahun kesemuanya.
Persatuan ini banyak menjalankan program-program berunsur pendidikan ke sekolah-sekolah seperti motivasi, asas agama dan sebagainya.
Selain itu, mereka juga menjana ekonomi melalui penjualan t-shirt.
Meraka juga memperolehi pendapatan melalui sumbangan dan kerjasama dengan pelbagai agensi lain.
Pendaftaran keahlian boleh dibuat melalui sistem online.
Semoga semakin ramai belia-belia di bawah umur 30 tahun sepertimana yang digariskan di dalam Dasar Belia Malaysia melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan belia.
Disediakan oleh Puan Nurmasnira Morad. Disunting oleh Alzrie Helery Tisin.
KANGAR, 22 MAC 2019 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia melalui Cawangan Pemantauan dan Penyelarasan ,telah turun ke negeri Perlis bagi meninjau keadaan pertubuhan induk di negeri ini.
Pertubuhan yang terpilih ialah Majlis Belia Negeri Perlis. Tujuan naziran ini dijalankan ialah bagi melihat sejauh mana pertubuhan ini memberi impak kepada pembangunan belia melalui pengelolaan program bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan kerajaan negeri.
Selain itu, ia juga bagi melihat pengurusan pertubuhan ini secara keseluruhan merangkumi aspek keahlian, pengurusan kewangan, penganjuran program, pengurusan pejabat dan dokumentasi.
Sewaktu sesi naziran dijalankan, YDP Majlis Belia Negeri Perlis, Saudara Noor Hairi Bin Noor Mohamed telah hadir bersama beberapa orang ahli jawatankuasa tertinggi MBN iaitu Saudara Asmawi, Timbalan YDP, Saudara Akmal, Setiausaha, Saudara Rohaizat (GB4B) dan Saudara Mathia (KBBT) wakil daripada badan gabungan MBN.
Encik Faizul Rizal dan Encik Shahrul Azmin dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah hadir menjalankan proses naziran ini yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Turut hadir ialah Penolong pengarah Belia Jabatan belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Nurmasnira dan Pegawai Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan, Encik Alzrie Helery Tisin
Disediakan oleh Puan Nurmasnira Morad. Disunting oleh Alzrie Helery Tisin.
KANGAR, 21 MAC 2019 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis telah memperkenalkan sukan dodgeball ke peringkat akar umbi melalui program Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2019 yang telah diadakan pada awal bulan yang lalu.
Sukan yang belum dikenali ramai itu telah dijadikan sebagai salah satu pengisian aktiviti sempena sambutan PAT Perlis 2019 yang dimainkan secara santai di dalam bendang yang telah selesai musim penuaian padi bersesuaian dengan tema musim timur di negeri Perlis.
Sukan dodgeball itu merupakan acara yang diperkenalkan mulai tahun 2018 di dalam sambutan PAT Perlis yang menjadi acara tahunan Kerajaan Negeri Perlis.
Pada sambutan kali ini, sebanyak lapan (8) pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada enam orang setiap pasukan termasuk empat lelaki dan dua wanita.
Penyertaan terdiri daripada sekolah menengah, IPT dan para belia.
Hadiah pertandingan merupakan wang tunai dan sijil penyertaan iaitu Johan sebanyak RM300, Naib Johan sebanyak RM240, Ketiga sebanyak RM180 dan keempat sebanyak RM120.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh EXCO Pendidikan Negeri Perlis, Puan Roziena Bt Ahmad.
Hadir sama Penolong Pengarah Sukan JBSN Perlis, Encik Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid.
KANGAR, 14 MAC 2019 - Sesi penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 bagi kategori Individu lelaki dan wanita telah selesai sepenuhnya pada 6 Mac yang lepas.
Seramai lapan (8) orang calon telah masuk bertanding dimana tiga (3) orang calon adalah wanita dan lima (5) orang calon lelaki.
Sesi penilaian telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Ianya telah dihakimi oleh tiga (3) orang panel yang berkaliber dan mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang akedemik dan kepimpinan.
Ketua panel merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Prof. Dr. Mohd Fo'ad Bin Sakdin. Panel 1 ialah Encik Ani Bin Abdullah dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis manakala Panel 2 ialah En Noor Hairi bin Noor Mohamed dari Majlis Belia Negeri Perlis.
Calon-calon terdiri daripada belia-belia yang aktif dalam berpesatuan dan pembangunan belia setempat.
Terdapat wakil daripada Persatuan Belia Buddhist Negeri Perlis (YBAM), Persatuan Kelab-Kelab Belia Negeri Perlis (MAYC), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Perlis (BSMM) dan Ahli Parlimen Belia Malaysia.
Semoga calon-calon Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perlis ini terus bersemangat memperjuangkan belia sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan agar pemimpin negara mendengar suara belia masa kini.
Disediakan oleh Puan Nurmasnira Morad. Disunting oleh Alzrie Helery Tisin
KANGAR, 12 MAC 2019 - MAYC Negeri Perlis sememangnya terkenal dikalangan belia di negeri Perlis ini khasnya kerana mereka banyak menganjurkan aktiviti berbentuk konvoi, kemasyarakatan, keusahawanan dan hiburan.
Ditubuhkan pada 18 Januari 2010 dan berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY), MAYC berjaya mengumpulkan sejumlah besar ahli di kalangan belia berusia 18 - 40 tahun yang merangkumi pelbagai golongan dari profesional sehingga belia luar bandar di kawasan pedalaman.
MAYC Negeri Perlis juga merupakan salah satu badan gabungan Majlis Belia Negeri Perlis.
Dibawah teraju kepimpinan yang berdedikasi seperti Saudara Noor Hairi Bin Noor Mohammed sebagai pengerusi yang juga merangkap YDP Majlis Belia Negeri Perlis, MAYC Negeri Perlis menaungi 3 persatuan peringkat kawasan iaitu MAYC Kawasan Kangar, MAYC Kawasan Arau dan MAYC Kawasan Padang Besar. Dibawah kawasan ini terdapat 16 buah Kelab Gabungan bagi seluruh negeri Perlis Indera Kayangan.
Keistimewaan menjadi ahli MAYC ialah ia melibatkan penglibatan semua kaum dan di negeri Perlis ini terutamanya dapat melibatkan penglibatan kaum Siam dalam Program Festival Adat (Songkran).
Sumber tarikan MAYC kepada kelab-kelab tunggal untuk bergabung adalah kerana strukturnya yang fleksibel iaitu kelab-kelab tunggal, MAYC Kawasan, MAYC Negeri dan MAYC Kebangsaan mempunyai sijil pendaftarannya sendiri berbanding persatuan lain yang hanya mempunyai satu sijil pendaftaran di peringkat kebangsaan.
Ini membolehkan ahli-ahli MAYC di semua peringkat bergerak bebas menjalankan program, aktiviti mahupun projek ekonomi.
Antara misi MAYC yang telah berjaya dilaksanakan ialah misi sukarelawan berskala besar di seluruh Malaysia termasuk bencana banjir di Pantai Timur.
Di peringkat Perlis, "Very Able Volunteer" (VAV) telah turun membantu mangsa ribut di kawasan Kangar, juga bencana banjir di seluruh Negeri Perlis dan kejadian kebakaran besar melibatkan 20 buah rumah di Kuala Perlis.
Bagi tahun 2018, MAYC Negeri Perlis telah menjalankan program seperti Konvoi Ziarah Amal Satun, Sunset MAYC Perlis 2018, Golden Eye MAYC Perlis dan Himpunan Anak Muda Lepak Santai Permotoran Utara.
Turut hadir memberikan sokongan sewaktu sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 ialah mantan ahli MAYC iaitu YB Asrul Nizan Abd Jalil, ADUN Sena.
Disediakan oleh Puan Nurmasnira Morad. Disunting oleh Alzrie Helery Tisin.
KANGAR, 12 MAC 2019 - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Perlis (GPMS) buat kali kedua menghantar borang pencalonan bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 bagi kategori Pertubuhan.
Mereka telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi anugerah yang sama pada tahun lepas.
GPMS Negeri Perlis dipengerusikan oleh Encik Mohd Aishamuddin Bin Yaakob dan timbalan pengerusinya ialah Encik Noorizal Bin Zakaria.
Pertubuhan ini mempunyai 9 biro dan 18 cawangan dengan keahlian sebanyak 372 orang.
Objektif penubuhan adalah bagi memperjuangkan dan memperkasakan pendidikan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi.
Secara umumnya GPMS ditubuhkan berdasarkan 4 prinsip SEDAR iaitu, SEDAR di atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu, SEDAR akan kemunduran di alam pengetahuan, SEDAR atas kewajipan untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa dan SEDAR bahawa maju, mudur, kaya,miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan GPMS.
GPMS Negeri Perlis ditubuhkan pada 27 Oktober 2009 dengan no pendaftaran PPBM 0021-5160/09 dan beroperasi di Arked Kangar, Perlis. Belia yang ingin berdaftar untuk menjadi ahli GPMS boleh melayari laman sesawang https://daftar.gpms.org.my dan mereka akan diberikan kad keahlian.
Antara program yang berjaya dilaksanakan tahun lepas ialah penyerahan sumbangan alat pemadam api kepada Maahad Tahfiz Al-Barakah, Larian Zombie, Kursus Kepimpinan TN50 GPMS Perlis, Bengkel Instagram For Biz, Ceramah Motivasi Persediaan SPM, Kelas Bimbingan GPMS Perlis di SK Beseri, Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan bagi Parlimen Kangar dan banyak lagi.
Diharapkan GPMS Perlis terus maju dalam memartabatkan bidang pendidikan di negeri Perlis ini khasnya.
Hadir sewaktu pembentangan tersebut ialah Timbalan Pengerusi, Encik Noorizal, Biro Penerangan & Media Sosial, Saudara Muhammad Nooryasin dan Mantan GPMS Perlis, Encik Jasmi Jasa.
Disunting oleh Puan Nurmasnira Morad. Disunting oleh Alzrie Helery Tisin.
KANGAR, 11 MAC 2019 – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Puan Siti Berenee Bt Yahaya telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Perlis pada 7 Mac 2019 yang lepas bertempat di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Arau.
Beliau yang juga EXCO Perpaduan Masyarakat dan Tugas-tugas Khas merakamkan ucapan tahniah kepada pergerakan itu yang berjaya mengadakan mesyuarat tahunan dan berharap pergerakan itu terus aktif dan cemerlang dalam menyumbang kepada pembangunan belia di negeri itu.
Hadir sama Pegawai Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis, Cik Wan Nouriedah Bt Megat Ghazali yang mewakili Jabatan itu.
Pergerakan Puteri Islam adalah badan gabungan Majlis Belia Negeri (MBN) Perlis yang bergerak aftif memajukan belia di negeri itu.