- JBS Perlis
- Hits: 663
KIDS WARRIOR CHALLENGE BERHAJAT TURUT SERTA DALAM PENGANJURAN PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2020

Kangar, 13 Januari 2020 - Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bersama syarikat yang akan menganjurkan Kids Warrior Challenge iaitu SH Timeline Creative Kuala Lumpur bersama-sama Pegawai dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perlis yang juga Jawatankuasa Aktiviti serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan, JBSN Perlis. Turut hadIR, Encik Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia, JBSN Perlis.
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pihak pengurusan prgram Kids Warrior Challenge berbincang untuk turut sama terlibat memeriahkan program Pesta Angin Timur dengan menganjurkan program Kids Warriror Challenge di mana dicadangkan akan diadakan juga pada bulan Februari 2020 di negeri Perlis dan secara langsung boleh mengusulkan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Untuk makluman, Kids Warrior Challenge (KWC) adalah satu sukan berhalangan yang direka khas untuk kanak-kanak kepada satu sukan bagi menguji ketahanan minda dan fizikal. Sukan yang pertama kali dianjurkan ini adalah salah satu sukan bagi mendidik kanak-kanak kepada satu sukan yang telah dimulakan di peringkat kebangsaan bagi menyokong sukan berhalangan diperkenalkan di peringkat kebangsaan melalui Sukan Sea 2019 yang pertama kali diperkenalkan dan disertai pasukan Malaysia. Aktiviti ini menggunakan gelanggang belon udara atau "inflatable" yang idreka khas berukuran 21.5m x 45.54m dengan 28 halangan sepanjang jarak disiplin yang perlu dihabiskan keseluruhan 125m. Selain mendaki, menduduki serta rempuhan yang perlu dilalui, peserta juga akan memgharungi cabaran meredah air yang dipancut kepada peserta di salah sebuah disiplin halangan.
Semoga pertemuan ini dapat persetujuan kata sepakat bagi kedua-kedua belah pihak seterusnya dapat memeriahkan lagi program Pesta Angin Timur Negeri Perlis 2020 ini yang akan diadakan pada 28-29 Februari dan 1 Mac 2020 bertempat di Jalan Lintasan Tengah Kampung Oran, Mata Ayer, PERLIS.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 663








