- JBS Perlis
- Hits: 456
BELIA PERLIS HADIRI KONVENSYEN PEMBERDAYAAN BELIA MENCEGAH EKSTREMISME PERINGKAT ZON UTARA 2020

Kangar, 17 Februari 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menghantar seramai sembilan orang belia Perlis bagi menghadiri program Konvensyen Pemberdayaaan Belia Mencegah Ekstremisme Peringkat Zon Utara yang bermula pada 14 Februari 2020 yang lalu dan berakhir semalam bertempat di Auditorium Ishak Pateh, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Program yang diadakan selama tiga hari dua malam ini bermatlamat untuk memberi pendedahan dan pemahaman berhubung ekstremisme dan terrorisme agar fahaman ini tidak tersebar kepada golongan belia. Antara initipati program ini adalah para belia didedahkan dengan Pengenalan Ekstremisme vs Terrrorisme vs Radikalisme, Penyerlahan Potensi Belia, Mencari Matlamat Hidup Belia, Wanita dan Kekeluargaan dan Pelaksanaan Program Deradikalisasi Banduan/Tahan Radikal di Institut Penjara.
Semoga konvensyen ini dapat memberi input yang berguna kepada para belia untuk dijadikan panduan hidup supaya tidak tersasar ke jalan yang salah dan juga teladan untuk meneruskan hidup tanpa terlibat ke arah gelaja yang negatif.
DISEDIAKAN OLEH
PENTADBIR PORTAL JBS PERLIS
- JBS Perlis
- Hits: 456








