
Mata Ayer, 4 Januari 2020 - Ultron Perlis New Year Run 2020 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mengambil bahagian di dalam acara larian ini. Larian ini bertemakan “Change the Game” sempena tahun baru tersebut diadakan serentak di lain 10 lokasi terpilih di seluruh Negara.
Seramai 1, 100 peserta mengambil bahagian dalam acara larian ini yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara terbesar dan teramai melibatkan seluruh Negara. Acara larian ini adalah program kerjasama antara Pejabat Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Ultron Kangar, Northern Sport Tourism Club dan Malaysia Event and Printings ( MEP) Negeri Perlis. Tahniah dan syabas diucapkan dia atas penganjuran acara larian ini.
DISEDIAKAN OLEH
CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 668








