Bertam, 10 Oktober 2024 - Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat negeri Pulau Pinang merupakan platform bagi belia menyalurkan idea dan membincangkan isu dan dasar pembangunan belia.
10 OGOS | SABTU BERTAM RESORT & WATERPARK PULAU PINANG
GELUGOR, 03 Ogos 2024 (Sabtu) - Siri 1 - Program Pengekodan (Kursus AR’Vatars )Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Multimedia Pengajaran USM Gelugor Pulau Pinang yang memfokuskan terhadap dunia Digital dengan Dunia Realiti , ia juga termasuk dalam 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Program ini merupakan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada Warga USM / SRM USM dan Golongan Komuniti Setempat,
Program ini juga merupakan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk mencungkil bakat baru Khususnya dalam bidang Teknologi
Gelugor, 29 Julai 2024 | JBSN PP - Mesyuarat di Pengerusi kan oleh En Mozakir Bin Buyong Mokhtar,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah, wakil Majlis Belia Negeri Pulau Pinang serta wakil2 Majlis Belia Daerah di negeri Pulau Pinang bagi membincangkan perancangan berkenaan pelaksanaan MPBN 2024. Pengerusi turut memaklumkan bahawa cadangan usul-usul yang akan dibawa ke peringkat negeri perlu disemak dan diteliti sebaiknya kerana ini merupakan usaha memperkasakan suara belia dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
?Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang ?️ 29 Julai 2024 (Isnin)
KUCHING, 7 Ogos 2024 - Delegasi Kontinjen Para Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekretariat Utama Para SUKMA XXI Sarawak 2024. Delegasi Pulau Pinang diketuai oleh En. Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini, Penolong Pengarah JBS Negeri Pulau Pinang dengan diiringi oleh empat orang pegawai Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Negeri Pulau Pinang.
Sesi Kunjungan Hormat ke Sekretariat Utama Para SUKMA XXI Sarawak 2024 disambut baik dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Datuk Haji Mohammad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak dan sekretariat. Turut hadir sama pada sesi kunjungan hormat adalah Delegasi Kontinjen Para Johor.
Sesi perkongsian maklumat berjalan lancar dan debaran untuk menyertai acara pada Para SUKMA XXI Sarawak 2024 kian terasa.
Kita Boleh ?????? Kontinjen Para Negeri Pulau Pinang
Nibong Tebal, 19 Ogos 2024 - Pada 29 JULAI 2024 hingga 1 OGOS 2024, Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu Jabatan Belia Dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang bersama Institusi Penjara Seberang Perai, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah telah menganjurkan Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Unit Program Pemulihan Insan (PPI), Penjara Seberang Perai.
Seramai (20) peserta terdiri dari prospek telah mengikuti program yang berinisiatif serta bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
Antara pengisian yang telah diterapkan adalah Sesi Taklimat Jati Diri, Kelas Baik Pulih Peralatan Elektrik kepada prospek lelaki manakala Kelas Penghasilan Produk Makanan Hasilan Daging kepada prospek wanita dan Taklimat oleh pihak PERKESO.
Majlis Penutupan pada 1 Ogos 2024 (Khamis) telah dirasmikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang diiringi bersama oleh YBrs KP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YDH PKK Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai.Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah telah menganjurkan Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Unit Program Pemulihan Insan (PPI), Penjara Seberang Perai.
Seramai (20) peserta terdiri dari prospek telah mengikuti program yang berinisiatif serta bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
Antara pengisian yang telah diterapkan adalah Sesi Taklimat Jati Diri, Kelas Baik Pulih Peralatan Elektrik kepada prospek lelaki manakala Kelas Penghasilan Produk Makanan Hasilan Daging kepada prospek wanita dan Taklimat oleh pihak PERKESO.
Majlis Penutupan pada 1 Ogos 2024 (Khamis) telah dirasmikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang diiringi bersama oleh YBrs KP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YDH PKK Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai.
Turut serta hadir semasa majlis penutup program Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Ts Dr Ir Azmi Bin Ahmad Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam, Ts Mohd Anuar Bin Said, IKBN Naka dan Encik Mohamad Zulhabri Bin Abdul Halim mewakili Pengarah PERKESO Negeri Pulau Pinang
TELUK BAHANG, 17 Ogos 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Kelab Olahraga UR Balik Pulau dan SKUAD AADK Barat Daya telah menganjurkan Program Rise & Hike @ Teluk Kampi bertempat di Taman Negara Pulau Pinang.
Program ini telah disertai seramai 50 orang yang terdiri daripada seluruh kelompok komuniti di daerah Barat Daya. Pendakian ke Teluk Kampi ini melibatkan laluan denai sejauh 5.4 kilometer merentasi Hutan Simpan Pantai Acheh.
Semoga dengan pelaksanaan program seperti ini dapat memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat dalam membudayakan gaya hidup yang aktif melalui aktiviti mendaki. Janji Peluh !!
Georgetown, 11 OGOS 2024 - MOBILISASI SATRIA- Menyantuni Warga Emas Peringkat Daerah Timur Laut 2024 bertempat di Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang
Lebih 80 orang Sukarelawan Daerah Timur Laut dari pelbagai latar belakang telah melibatkan diri dalam program dan aktiviti RAKAN MUDA anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dan Majlis Belia Daerah Timur Laut kelmarin.
Selain menyantuni warga emas dengan aktiviti senaman dan permainan minda, aktiviti memasang bendera Malaysia juga turut dilaksanakan sempena menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.
Semoga dengan jalinan kasih sayang dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh sukarelawan dapat memberikan kegembiraan berterusan kepada warga yang disantuni.
Gelugor, 11 Ogos 2024 - Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban Pelaksanaan Liga Sukan Komuniti ini bertujuan bagi menggalakkan masyarakat bergiat aktif serta menjadi sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan cergas.
Bagi Daerah Timur Laut telah menghantar kontinjen bagi tiga acara yang dipertandingkan iaitu acara Bola Tampar Wanita (Team Rinin Ladies, Unity) Sepak takraw (Team DMC, Zespro) dan Ping Pong Berpasukan (Team GSS A, GSS B)
Tahniah dan syabas wakil daripada Daerah Timur Laut iaitu Pasukan DMC yang menjadi Naib Johan Sepaktakraw dan GSS A menjadi Johan Ping Pong Berpasukan yang akan mewakili Pulau Pinang nanti ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan nanti.
Majlis penyampaian hadiah di sempurnakan oleh En Mozakir Bin Buyong Mokhtar Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang