- JBS Penang
- Hits: 161
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2025
- JBS Penang
- Hits: 161
6 Mei 2025 | Bilik Mesyuarat JBS Pulau Pinang Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 telah berlangsung dengan jayanya di bawah pimpinan YB Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil agensi kerajaan, swasta serta badan gabungan dan gabungan persatuan belia ini memperlihatkan komitmen bersama dalam menjayakan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 18 Mei 2025 di Hin Bus Depot, Georgetown.
Dengan objektif memperkasa potensi belia sebagai pemacu pembangunan negara, program ini diharap menjadi wadah penyatuan, inspirasi dan pemerkasaan generasi muda Pulau Pinang.
#HariBeliaNegara2025 #PulauPinang #BeliaPemacuNegara #BeliaBersatu #YouthForFuture