- JBS Penang
- Hits: 199
PROGRAM RAKAN MUZIK: RENTAK SENI(ASAS BORIA) PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 2024.
Permatang Pauh, 17 NOVEMBER 2024 - Program Rakan Muzik: Rentak Seni ( Asas Boria) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah dilaksanakan sebanyak 3 siri, bermula pada 15 November hingga 26 November 2024 bertempat di IKTBN Bukit Mertajam.
Program telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari OMARA Production yang terdiri daripada Pengasas OMARA Production iaitu En Omar Bin Md Hashim bersama , Puan Nazreen Binti Md Noor dan Puan Nur Syafiqah Hanim Binti Anuar yang juga merupakan Jurulatih Boria, yang dikenali di Negeri Pulau Pinang.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini. Para peserta telah didedahkan dengan teknik mengubah lagu, tarian, sketsa, dan peranan sebagai sebagai sailor dan tukang karang. Hasil daripada tunjuk ajar dan sesi pembelajaran selama 3 hari , mereka berjaya mempersembahkan sebuah boria pada Majlis Penutup program tersebut.
Majlis Penutup program telah diadakan pada 17 November 2024 bertempat di Dewan Perdana iKTBN Bukit Mertajam. Encik Sahaipun Nizan Bin Ibrahim , Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bukit Mertajam turut hadir pada majlis tersebut.





- JBS Penang
- Hits: 199


























