TELOK BAHANG, 26 Oktober 2024- Seramai 50 orang anak muda daripada warga penduduk Kampung Telok Bahang telah menjayakan Program Rakan Muda Plogging Komuniti Siri 2 Daerah Barat Daya disini, hari ini.
Rata-rata peserta terdiri daripada pelajar dan pendidik SMK Telok Bahang telah sama-sama memerah keringat berjalan sambil memungut sampah di seluruh kawasan kampung, masjid dan taman di Lorong Hassan Abbas, disini.
Aktiviti ini merupakan inisiatif di bawah gaya hidup Rakan Muda Bumi yang dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Unit Pembangunan Rakan Muda PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BARAT DAYA
Program ini dilihat mampu memperkasakan golongan anak muda dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan disamping menyihatkan tubuh badan dengan melakukan aktiviti berjalan kaki.
Program ini turut disertai oleh Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya.
Beliau turut merasmikan penutupan program serta penyampaian sijil penghargaan kepada SMK Telok Bahang melalui Puan Salmah, Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkenaan.
Pihak pejabat ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Telok Bahang khususnya kepada para peserta yang telah menyertai program ini dan berharap agar sahsiah, kepimpinan dan kesukarelawanan anak muda dapat dipupuk melalui program-program yang dibawakan oleh Rakan Muda demi generasi yang berkualiti dan mampan untuk masa depan negara.





k
Faceboo
- JBS Penang
- Hits: 226




























