Seberang Jaya, 18 Mei 2024 - Sharing Sezz Talk Show Ejam Petra Tiktoker X Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 seramai lebih 300 peserta mengikuti sesi ini.
Seberang Jaya, 18 Mei 2024 - Esport Pubg Mobile & Efootball Mobile X Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024. Sebanyak 18 team bertanding mewakili 68 orang peserta.
Seberang Jaya, 18 Mei 2024 - Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Daniel Gooi Zi Sen ,Exco Belia,Sukan Dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang diiringi bersama YBrs. Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, YBrs. Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang,YBrs. Encik Mohd Hafiz Ali Bin Mohd Anuar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang,dan turut serta YB Puan Phee Syn Tze, ADUN Sungai Puyu. Pelbagai acara telah disediakan bagi memeriahkan sambutan yang disambut di sekitar perkarangan Lotus’s Seberang Jaya.
Turut diadakan adalah majlis penyampaian hadiah kepada Pemenang-Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 bagi Kategori Pertubuhan Belia ,Tokoh Individu Lelaki dan Individu Wanita, Tahniah kepada para pemenang..#Yakinboleh
BUTTERWORTH, 17 Mei 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Negeri Pulau Pinang 2024 telah diadakan di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Aroma Kasih, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang bagi membincangkan pelaksanaan program yang mensasarkan OKU dalam pembudayaan sukan untuk semua.
Selaras dengan hasrat dan matlamat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, program ini akan dilaksanakan selama 10 siri di Pantai Robina, Butterworth dengan kerjasama PESRON Pulau Pinang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPU serta sembilan (9) PPDK di dalam daerah tersebut. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah senamrobik, berjalan, larian, sukaneka dan sebagainya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan dihadiri oleh Puan Rusnah binti Shapihi, Penyelaras PDK Daerah SPU, Tn. Hj. Faizull Nizam bin Mokhtar, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU serta Penyelia PPDK di dalam Daerah SPU.
JOM WARGA OKU, KITA BUDAYAKAN SUKAN UNTUK SEMUA ??????
Gelugor, 16 Mei 2024 - ?????? ?????? ?????? “YAKIN BOLEH” Bersama YB Daniel Gooi, EXCO Belia ,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di RTM Pulau Pinang.
Bicara tentang Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 yang akan diadakan di Lotus Seberang Jaya,orang ramai dijemput hadir dan boleh menyertai pelbagai acara dan aktivti yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini..
Antara Aktiviti Menarik dan Hadiah menarik boleh anda sertai.
Pertandigan ~Tiktok Challenge Hbn 2024 ~The Voice Penang Hbn 2024 ~Esport Tournament Pubg Mobile & Pes Mobile
Aktiviti dan gerai ~Derma darah ~Barber Corner ~Sharing Sesi Talk by (Ejam Petra-Tiktoker) ~Paintball Target Shooting ~Aerojammm ~Jom Cantik Batik ~Plogging Lifestyle ~Explorace ~Service motor ~Lorong Nostalgia ~Auto&Audio Show ~Jalan Untuk Sihat ~Free Medical Checkup ~Decathlon ~Kaki Jersey
Jommm support ?? ???????? ???? ????? ?????? ????????? ?????? ????? ?????g 2024,yang kita taw orang penang jarang tak sempoi dan rancakkk support..kita..
KEPALA BATAS, 15 Mei 2024 - Bertemakan "Yakin Boleh", program Semarak Hari Belia Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2024 selesai dilaksanakan di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas.
Program dimulakan dengan slot perkongsian ilmu yang disampaikan okeh saudara Mohamad Shukri bin Che Wang, Pengerusi Skuad AADK Daerah Seberang Perai Utara dan disusuli dengan perasmian program oleh Encik Muhammad Fitri bin Termizi, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Aktiviti sukan @ Rakan Aktif oleh para pelajar ILP Kepala Batas bersama Majlis Belia Dearah SPU dan kuiz pengetahuan am yang dikendalikan oleh Kelab Belia Insprirasi Seberang Perai turut diadakan.
Terima kasih kepada semua yang hadir menyerikan majlis dan sama-sama menjayakan Semarak HBN SPU 2024.