- JBS Penang
- Hits: 140
program Mobilisasi SATRIA Menyantuni Kanak-kanak Peringkat Daerah Timur Laut 2024
Georgetown, 21 Julai 2024 - Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh SUKARELAWAN Belia Daerah Timur Laut telah berjaya menarik minat kanak- kanak kecil PPR Taman Manggis, Georgetown sehinggakan ada dikalangan mereka yang tidak rela melepaskan kakak/abang sukarelawan yang ada selepas program selesai. Perkara ini dilihat sebagai satu perkara positif di mana Sukarelawan yang ada mahir dalam mengendali dan berinteraksi dengan anak- anak kecil pada program Mobilisasi SATRIA Menyantuni Kanak-kanak Peringkat Daerah Timur Laut 2024 yang berlangsung di Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK), PPR Taman Manggis, Pulau Pinang pagi tadi.
Program ini mendapat kerjasama dan perhatian daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut
Program singkat anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dan Majlis Belia Daerah Timur Laut ini mengetengahkan aktiviti mewarna dan menghasilkan hisan dinding dalam menyantuni kanak-kanak di pusat aktiviti tersebut.
SUKARELAWAN PEMANGKIN BELIA
RAKAN MUDA YAKIN BOLEH!





- JBS Penang
- Hits: 140























