Nibong Tebal, 9 November 2023 - Pada 4 November 2023 telah berlangsung Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak Dan Gangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian.
Program ini merupakan program anugerah yang bertaraf antarabangsa dan kini telah disertai oleh lebih dari 130 buah negara seluruh dunia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mentauliahkan para peserta yang telah berjaya melengkapkan semua modul Tahap Perak dan Tahap Gangsa dengan pengiktirafan antarabangsa dari pihak TDofE. Sejak tahun 2003 hingga tahun 2022 sebanyak 191,579 orang yang telah menyertai program ini dan dari jumlah tersebut seramai 135,708 telah menerima pentauliahan Tahap Gangsa dan seramai 54,176 orang penerima tahap perak. Untuk makluman tuan pada tahun ini seramai 676 orang Tahap Gangsa dan 154 orang Tahap Perak.
Majlis Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Tuan Khairulnizam Bin Hashim, Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan. Turut meraikan penerima anugerah ialah Encik Imran Syafik Bin Ahmad Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Mohamad Said Bin Ibrahim Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Encik Kamarudin Bin Sagiman, Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian.
Turut mengambil bahagian pada tahun ini ialah MRSM Transkrian, MRSM Kepala Batas, SMK Sri Muda Penaga, Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi, Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah, Universiti Sains Malaysia, Kumpulan Pengakap Terbuka Georgetown (Selatan) tidak lupa penyertaan secara individu terus ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang
#TeamJBSN
#JBSPenang
#JBSBersama
#KBSMalaysia
#MalaysiaMADANI
#rakanmuda
#YakinBoleh