- JBS Penang
- Hits: 190
Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS) Fasa 2 Siri 3 Peringkat Negeri Pulau Pinang
Penyertaan terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun di lokasi RNJ Swimming Academy Butterworth dan Alma manakala bagi RNJ Swimming Academy Georgetown peserta terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun keatas. Para peserta telah didedahkan dengan teknik asas berenang yang betul dan selamat dan membina keyakinan diri didalam air.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah. Program ini juga telah dijalankan dengan sokongan Persatuan Perenang dan Jurulatih Perenang Malaysia (MASWIM).
Terima kasih diucapkan kepada Decathlon Malaysia kerana menyokong dan menjayakan program KLAS Renang anjuran kementerian Belia dan Sukan Peringkat Negeri Pulau Pinang
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat mengurangkan kadar lemas dari kalangan kanak-kanak
#JBSNBersama
#jbspenang
#Klasrenang

- JBS Penang
- Hits: 190











