BALIK PULAU, 21 Jun 2024- Satu sesi bicara dan pendedahan berkaitan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah dijalankan pada 20 Jun 2024 yang lalu bertempat di SMK Seri Balik Pulau.
Pelaksanaan ARPRM di sekolah berkenaan telahpun dijalankan sebelum ini namun terhenti semenjak negara dilanda wabak Covid-19 yang mengekang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mahupun rekreasi fizikal.
Semalam, Unit Pembangunan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Barat Daya yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah berkunjung semula ke sekolah berkenaan bersama-sama pegawai Unit Sukan dan Unit Rakan Muda PBSD Barat Daya serta menjalankan sesi taklimat dan bicara berkenaan Program ARPRM kepada kira-kira 120 orang murid dan guru penyelaras.
Sesi bicara dimulakan dengan taklimat berkenaan pengoperasian dan peranan PBSD Barat Daya kepada komuniti setempat oleh Encik Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan seterusnya adalah penyampaian taklimat pelaksanaan Program ARPRM oleh Encik Mohd Syazwan bin Anuar, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Daerah Barat Daya.
Rata-rata pelajar bagitu berminat serta komited untuk turut serta sebagai sebahagian daripada warga remaja perdana di sekolah berkenaan.
Sesi terbabit turut menampilkan beberapa orang penerima pingat ARPRM yang telah berjaya ditauliahkan sebelumnya.





- JBS Penang
- Hits: 126





