GELUGOR, 11 Mei 2024 - Program Inspire iTrain Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya di dua buah lokasi di USM Gelugor Pulau Pinang yang memfokuskan kepada sukan Para Olahraga dan Para Renang. Program yang merupakan kerjasama dengan PESRON Pulau Pinang telah dihadiri oleh lebih 50 orang peserta yang telah terpilih melalui penyertaan pada Program Inspire iTalent yang telah diadakan pada bulan April yang lalu.
Program ini merupakan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk mencungkil bakat baru sukan para di peringkat akar-umbi. Peserta yang telah mencuba sukan para yang diminati diharapkan dapat meneruskan usaha untuk terus berlatih bagi mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. PESRON Pulau Pinang
Gelugor, 5 Mei 2024 - Berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang di Batu Uban, hari kedua karnival Sukan MADANI Rakyat diteruskan dengan acara berikut:
✅ Aerobichton ✅ Bola Jaring ✅ Pickleball
Majlis diserikan dengan kehadiran Encik Abd Aziz Bin Abd Rahman untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan. Turut hadir Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Gelugor, 4 Mei 2024 - Terima Kasih Malaysia, Anda Kebanggaan Kami! ?⚡️
Pasukan badminton lelaki negara terpaksa akur 1-3 kepada China di saingan separuh akhir Piala Thomas 2024 ?
Berlangsung di Chengdu, pasangan Aaron Chia - Soh Wooi Yik menceriakan kem negara seketika apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia, Liang Wei Keng - Wang Chang seterusnya mengikat kedudukan 1-1 ?
Bagaimanapun, Malaysia terpaksa akur dengan kekebalan tembok besar China apabila tewas perlawanan berikutnya ??
Sementara itu, KBS menerusi JBSN turut menganjurkan program Tayangan Skrin Besar di 16 lokasi seluruh Malaysia termasuklah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban ?
Gelugor, 5 Mei 2024 - Pasukan Mix Ally menjuarai Kejohanan Futsal Karnival Sukan MADANI Rakyat Peringkat Zon Utara 2024 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 ?
Berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Mix Ally menewaskan Panther Woon dengan jaringan 1-0 ⚽️
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan KBS, Encik Richard Barahim ?
Turut hadir, Pengarah JBS Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir Buyong Mokhtar ??
Gelugor, 05/05/2024 (Ahad) - Telah berlangsung Program Jalan Untuk Sihat (JUST) Siri 1 Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Pesiaran Queensbay Mall. Program ini merupakan satu inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bagi menarik minat komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berjalan kaki seterusnya dapat menerapkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Flag off telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Richard Barahim, SUB Khidmat Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama dengan Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya.
Program Jalan Untuk Sihat 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1 merupakan anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Barat Daya dan Kelab Sukan Kecergasan Sri Tanjung.
Gelugor, 05/05/2024 (Ahad) - Telah berlangsung Program Jalan Untuk Sihat (JUST) Siri 1 Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Pesiaran Queensbay Mall. Program ini merupakan satu inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bagi menarik minat komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berjalan kaki seterusnya dapat menerapkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Flag off telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Richard Barahim, SUB Khidmat Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama dengan Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya.
Program Jalan Untuk Sihat 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1 merupakan anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Barat Daya dan Kelab Sukan Kecergasan Sri Tanjung.
Gelugor, 22/4/2024 (Isnin) - Mesyuarat Penyelarasan Karnival Sukan Madani Rakyat Peringkat Zon Utara 2024
Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Muhammad Hafizi Ahmad Zaini, Penolong Pengarah JBSN Pulau Pinang bersama Persatuan Sukan yang terlibat bagi menjayakan Karnival Sukan Madani Rakyat Peringkat Zon Utara yang akan berlangsung pada 4-5 Mei 2024.
Mesyuarat bilangan 2 ini membincangkan tentang penyelarasan dan tugasan bagi persiapan akhir karnival tersebut. Turut hadir wakil dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Gelugor, 22 April 2024 - Bertarikh 20 Aprill 2024 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Batu Uban telah berlangsung Program Inspire iTalent Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 (Pencarian Bakat Sukan Oku Negeri Pulau Pinang ).
Program ini dirasmikan Oleh Yb Daniel Gooi Zi Sen Exco Belia,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Program adalah anjuran bersama PESRON Negeri Pulau Pinang.
BATU UBAN, 4 April 2024 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB. Kumaresan A/L Arumugam, ADUN Batu Uban, Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Ahmad Zaki bin Shah Headan, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, Encik Hafiz Ali bin Mohd Anuar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Dr. Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang dan Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang serta Exco Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
Turut memeriahkan majlis ini, wakil-wakil dari Badan Gabungan Majlis Belia, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang serta pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Dalam ucapan beliau, YB. Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang berharap kerjasama erat sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi pembangunan belia dan sukan di Negeri Pulau Pinang. Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua tetamu dan mendoakan keselamatan semua tetamu di hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi.
Daniel Gooi 魏子森 JBSNegara KBSMalaysia Majlis Belia Negeri Pulau Pinang PYDC