Nibong Tebal, 25.04.2024 - Penataran Pelaksanaan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan di Sekolah Menegah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman pada khamis lalu.
Turut hadir, Pn Siti Fadilah Bintu Osman, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD SPS, En Othman Bin Mohd Rajab, Pengetua SMK TAR, En Shamuganathan a/l Krishnasamy, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK TAR, En Abd Hamid Bin Haji Mohd Yassin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan, Pn Nur Amalina Binti Zainon, Pegawai Pembangunan Belia Daerah Seberang Perai Selatan dan Pn Halimahtun Binti Abdul Aziz@Azid, Pegawai Rakan Muda Daerah Seberang Perai Selatan.
Penataran ini diadakan untuk memperhalusi kaedah pelaksanaan program Semarak Hari Belia Negara peringkat Daerah Seberang Perai Selatan yang akan dilaksanakan di SMK Tunku Abdul Rahman pada 15 Mei ini.




All reactions:
1Like
Comment
- JBS Penang
- Hits: 166
























