TELUK KUMBAR, 18 Oktober 2023- Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 4 telah dilaksanakan di SMK Seri Bayu, Teluk Kumbar hari ini.
Konsep kesukarelawanan pada siri terakhir ini adalah bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes berikutan terdapat beberapa kes demam denggi direkodkan di sekitar premis ini.
Terdahulu, dua orang kakitangan sekolah terbabit dilaporkan telah mengalami demam denggi dan kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan wabak denggi oleh Pejabat Kesihatan kawasan ini.
Turut bersama menjalankan aktiviti ini adalah Encik Anuar bin Ibrahim, Pengetua SMK Seri Bayu sendiri bersama Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya yang baharu sambil diiringi oleh beberapa orang guru sekolah terbabit dan wakil Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau selaku rakan strategik penganjuran program ini.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Seri Bayu atas kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program pada hari ini.
PBSD Barat Daya terus bergerak bersama!
#SATRIAKBS
#kelabbeliasejahterabalikpulau
#rakanmuda
#rakanprihatin
#cegahdenggi
#smkseribayu
#teampbsdbaratdaya
#teamjbsnpenang
#yakinboleh
#teamkbs