BALIK PULAU, 13 September 2023 - Pada 12 September 2023, Satu lawatan tapak telah diadakan oleh PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BARAT DAYA ke SMK Pondok Upeh bagi meninjau lokasi bagi penugasan sukarelawan di bawah projek Rakan Muda iaitu Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) bagi siri ketiga disini, hari ini.
Projek siri ketiga berkenaan dijadualkan berlangsung pada 13 September 2023 di sekolah berkenaan dan memfokuskan kepada sukarelawan membersihkan kawasan kemudahan sukan di sekolah berkenaan untuk memudahkan sekolah berkenaan menjalankan latihan sukan yang akan ditandingi tidak lama lagi.
Lawatan berkenaan dihadiri oleh Encik Mohd Syazwan bin Anuar, Pegawai Pembangunan Rakan Muda dan Encik Saiful Adli bin Sudin, Pegawai Pembangunan Sukan serta diiringi Puan Juzanna, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Pondok Upeh dan Puan Che Siti Rohana, Guru Pembimbing Sukan Petanque SMK Pondok Upeh.
PBSD Barat Daya terus bergerak bersama!
- JBS Penang
- Hits: 157
