Georgetown, 24 November 2023 - Bertarikh 22 November 2023 Setelah menamatkan lawatan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang,YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,berbesar hati untuk menerima jemputan daripada pihak Penang Youth Development Corporation (PYDC).
Pihak PYDC merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan bagi menyelaras program dan hasrat kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam menjayakan pembangunan belia tempatan secara holistik.
Di dalam lawatan ini,YBhg Ts Dr Nagulendran dimaklumkan dengan program-program yang telah dijayakan oleh pihak PYDC,yang disampaikan oleh YBhg Dr Gwee Sai Ling,Pengurus Besar PYDC.
Semoga dengan lawatan ini,kedua-dua pihak akan berkerjasama dengan lebih erat di dalam merangka program-program yang akan memberi manfaat sepenuhnya kepada belia negeri Pulau Pinang.
#jbsnegara
#PYDC
#jbspenang
- JBS Penang
- Hits: 207
