Gelugor, 15 Januari 2023 - Bertarikh 14 Januari 2024 bertempat di UNITEN Bangi, Kejohanan Women Sports Challenge Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirai. Keputusan pertandingan bagi pasukan Zon Utara seperti berikut:
Keputusan Rasmi bagi Zon Utara
Bola Baling Terbuka
- Utara 1 : JOHAN
Bola Baling U18
- Utara 1 : KETIGA
- Utara 2 : KEEMPAT
Bola Tampar U18
- Utara 1 : NAIB JOHAN
- Utara 2 : KEEMPAT
Gelugor, 15 Januari 2024 - Pada 12 Januari 2024, bertempat di UNITEN Kajang - Pasukan Zon Utara yang diwakili oleh Pasukan Bola Baling / Bola Tampar & Bola Jaring (Perlis, Pulau Pinang & Kedah) akan menyahut cabaran bagi merebut gelaran johan di Kejohanan Women Sports Challenge Peringkat Kebangsaan bermula 12-14hb Januari 2024 bertempat di Sports Arena UNITEN Kajang, Selangor.
Cabaran Sukan Wanita ini melibatkan penyertaan 5 pasukan dari Negeri Pulau Pinang dan menjadikan keseluruhan pasukan dari Zon Utara sebanyak 12 pasukan.
Majlis pembukaan Kejohanan telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.
Turut hadir menyerikan majlis YBrs Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu KSU KBS, YBrs Tn Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah JBSNegara, YBrs Tn Abd Aziz Abd Rahman Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSNegara, Pn. Noor Azma Deris, Pengarah JBSNKedah, Pn. Natrah Esa wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan En. Mohd Hanaffi A Rahmah wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Semoga hasrat penganjuran kejohanan ini untuk memperkasa pembangunan sukan terutama dalam kalangan wanita tercapai sehingga ke peringkat akar umbi.
Selamat bertanding kepada semua atlet khususnya bagi atlet yang mewakili Team Zon Utara.???..
? Pulun Utaqa Pulun?
?Qempoh Utaqa Qempoh ?
?Utaqa Haria Utaqa?
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis
Jabatan belia dan sukan negeri kedah
Gelugor, 13 Disember 2023 - Team JBS Negeri Pulau Pinang telah menyertai Pertandingan Tarik Tali sempena Karnival Sukan Rejimen Semboyan Divisyen Ke-2 di KOMBES Pulau Pinang pada hari ini. Team JBS Negeri Pulau Pinang telah berjaya merangkul Juara melawan Kelab Camar Mutiara A dan B.
Jemputan penyertaan oleh pihak 2 RSD adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim dan jalinan kerjasama antara jabatan. Sukan adalah platform penyatuan. Diharapkan kerjasama erat akan terus terjalin di antara kedua-dua jabatan.
Bayan Lepas, 4 Disember 2023 - Pada 2 Disember 2023 telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan satu platform untuk para belia mengutarakan pendapat dan merencana program yang bersesuaian sekaligus memberi kesedaran bahawa kemajuan negara di masa hadapan bergantung kepada hasrat dan aspirasi generasi belia serta menentukan hala tuju pembangunan belia negara. MPBN juga berfungsi untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubungan dengan pembangunan belia dan penasihat kepada pertubuhan belia.
Justeru itu, satu persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang Sidang I, Penggal Ke-34 Sesi 2023 - 2024 telah berlangsung pada 2 Disember 2023 bertempat di Dewan AC Hotel By Marriot. Sidang ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Gooi Zi Sen, EXCO Belia,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang. Manakala YBrs. Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang selaku Timbalan Pengerusi I dan YBrs. Saudara Hafiz Ali Bin Mohd Anuar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang selaku Timbalan Pengerusi II.
Pelbagai isu dan usul telah diperbahaskan sepanjang persidangan ini berlangsung, dan beberapa usul telah mendapat persetujuan ahli persidangan yang perlu diperhalusi dan dibawa ke peringkat kebangsaan.
Disediakan oleh: Urus setia Portal, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Bukit Mertajam, 4 Dismeber 2023 - Pada 01 Disember 2023, Jumaat. Telah berlansung kelas renang bagi siri keempat yang juga merupakan siri terakhir bagi daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah di bawah program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS). KLAS Renang telah dijalankan di RNJ Swimming Academy, Alma, Bukit Mertajam dan RNJ Swimming Academy Georgetown.
Program ini , bertujuan untuk memberi pendidikan dan pendedahan asas berkaitan renang kepada kanak-kanak sebagai salah satu kemahiran untuk menyelamatkan diri jika berlaku sebarang insiden semasa mengikuti aktiviti -aktiviti yang melibatkan air.
Bagi yang terlepas peluang, pendaftaran bagi KLAS Renang di Bayan Lepas, Daerah Barat Daya masih dibuka. Bagi yang berminat untuk hantar anak ke KLAS Renang boleh mendaftar di pautan link dibawah
Balik Pulau 4 Disember 2023 - Pada 01/12/2023, Jumaat. Telah berlansung program Kecergasan Wanita Warga Emas Siri terakhir di Pusat Aktiviti Warga Emas Balik Pulau. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, PAWE Balik Pulau dan Kelab Senamrobik Mutiara telah dihadiri seramai lebih 20 orang peserta.
Georgetown, 28 November 2023 - Pada 25 November 2023, Majlis Pelancaran George Town Getting to Zero (GTGTZ) menandakan satu (1) pencapaian dan permulaan penting dalam perjalanan Bandar George Town, daerah Timur Laut, Pulau Pinang ke arah mencapai Sifar Jangkitan Baru HIV, Sifar Kematian Berkaitan AIDS, dan Sifar Stigma & Diskriminasi menjelang 2030. Majlis diserikan dengan kehadiran YAB. Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang merasmikan majlis dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan inisiatif ini.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB. Tuan Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang; YB. Tuan Teh Lai Heng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar; YB. Wong Yuee Harng, ADUN Pengkalan Kota; YBhg. Dato’ Ir. A. Rajendran, Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); YBrs. Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang; YBrs. Dr. Hj. Alias bin Hj. Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam); Tuan Rosli bin Halim, Pegawai Daerah Timur Laut merangkap Pengerusi GTGTZ; YBrs. Dr. Rozaini binti Mat Shah, Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut; ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan, ahli-ahli Jawatankuasa GTGTZ, rakan-rakan media dan juga masyarakat awam.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis ini. Antaranya saringan kesihatan percuma, sukan rakyat dan tradisional, aktiviti kecergasan, pameran dan informasi daripada pelbagai agensi dan banyak lagi. Di majlis ini, telah disampaikan sijil penghargaan kepada semua Jabatan dan agensi yang menganggotai GTGTZ.
KEPALA BATAS, 28 November 2023- Gerakan Beli 4B (M) Kawasan Kepala Batas telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 24 November 2023 (Jumaat) bertempat di Pejabat Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara, Wisma Al Eiman.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU, Puan Natrah binti Esa telah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan tersebut yang dirasmikan oleh saudara Mohamad Helmi bin Juhari.
Alor Setar, 25 November 2023 - Kejohanan Women Sport Challenge Peringkat Zon Utara di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah telah melabuhkan tirai dengan penyertaan 7 pasukan dari pasukan Pulau Pinang untuk sukan Bola Jaring kategori Terbuka (2 pasukan) dan Bawah 18 tahun (2 pasukan) serta Bola Tampar kategori bawah 18 tahun (1 pasukan) dan kategori terbuka (2 pasukan)
Kejohanan melibatkan tiga buah negeri iaitu negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Berikut adalah keputusan perlawanan untuk pasukan Pulau Pinang: