BATU UBAN, 25 Mei 2024 - Satu Sesi Klasifikasi II Zon Utara (P.Pinang, Kedah, Perlis) 2024 sempena Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024. Seramai 61 org atlet dari Negeri P.Pinang, Kedah, Perlis telah hadir ke sesi klasifikasi pada kali ini.
Seberang Jaya, 18 Mei 2024 - Sharing Sezz Talk Show Ejam Petra Tiktoker X Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 seramai lebih 300 peserta mengikuti sesi ini.
Seberang Jaya, 18 Mei 2024 - Esport Pubg Mobile & Efootball Mobile X Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024. Sebanyak 18 team bertanding mewakili 68 orang peserta.
Seberang Jaya, 18 Mei 2024 - Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Daniel Gooi Zi Sen ,Exco Belia,Sukan Dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang diiringi bersama YBrs. Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, YBrs. Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang,YBrs. Encik Mohd Hafiz Ali Bin Mohd Anuar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang,dan turut serta YB Puan Phee Syn Tze, ADUN Sungai Puyu. Pelbagai acara telah disediakan bagi memeriahkan sambutan yang disambut di sekitar perkarangan Lotus’s Seberang Jaya.
Turut diadakan adalah majlis penyampaian hadiah kepada Pemenang-Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 bagi Kategori Pertubuhan Belia ,Tokoh Individu Lelaki dan Individu Wanita, Tahniah kepada para pemenang..#Yakinboleh
BUTTERWORTH, 17 Mei 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Negeri Pulau Pinang 2024 telah diadakan di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Aroma Kasih, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang bagi membincangkan pelaksanaan program yang mensasarkan OKU dalam pembudayaan sukan untuk semua.
Selaras dengan hasrat dan matlamat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, program ini akan dilaksanakan selama 10 siri di Pantai Robina, Butterworth dengan kerjasama PESRON Pulau Pinang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPU serta sembilan (9) PPDK di dalam daerah tersebut. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah senamrobik, berjalan, larian, sukaneka dan sebagainya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan dihadiri oleh Puan Rusnah binti Shapihi, Penyelaras PDK Daerah SPU, Tn. Hj. Faizull Nizam bin Mokhtar, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU serta Penyelia PPDK di dalam Daerah SPU.
JOM WARGA OKU, KITA BUDAYAKAN SUKAN UNTUK SEMUA ??????