Nibong Tebal, 4 Oktober 2023 – Telah berlangsung semalam 3 Oktober 2023, Program Refleksi Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang. Program adalah dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan, Persatuan Urban Program Komuniti Sosial (Scopurs Malaysia).
Objektif program ialah membina keyakinan diri golongan belia dalam menghadapi setiap cabaran hidup. Mendidik golongan belia supaya lebih bersedia, berdaya tahan, tabah dan bijak menguruskan tekanan hidup serta memiliki kemahiran insaniah. Mencorak nilai-nilai kepimpinan sejati kepada golongan belia. Meningkatkan kesedaran beragama sebagai salah satu laluan bagi menghindari perlakuan negatif hasil daripada tekanan hidup yang dialami.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 134 orang belia yang terdiri dari pelajar-pelajar Institusi pengajian tinggi dari pelbagai kaum.
Majlis Perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah Puan Fairuz Syatilla dari Institut Latihan Perindustrian, Encik Abd Hamid Bin Haji Mohd Yassin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan dan YM Ku Shahidil Bin Ku Ab Rahman, Yang DiPertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan dan Dr Nazrul Presiden Scopurs Malaysia.
#TeamJBSN
#JBSPenang
#JBSBersama
#KBSMalaysia
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh
- JBS Penang
- Hits: 98
