Gelugor, 5 Julai 2024 - Bertarikh 3 Julai 2024 bertempat di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Reben Kuning Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Encik Mohd Anuar Bin Said, Pengarah IKBN Naka juga turut hadir.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Encik Mohd Anuar Bin Said, Pengarah IKBN Naka juga turut hadir.
Program ini merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara yang bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah akan menganjurkan Projek Reben Kuning pada 29 Julai hingga 1 Ogos 2024 bertempat di Penjara Seberang Perai melibatkan seramai 20 orang peserta.
- JBS Penang
- Hits: 150













