Bukit Mertajam, 9 November 2023 - Pada 4 November 2023, Jumaat. Telah bermula kelas pertama renang bagi siri kedua di bawah program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) yang telah dijalankan di RNJ Swimming Academy, Alma, Bukit Mertajam dan RNJ Swimming Academy Georgetown.
Program ini dianjurkan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan seramai 40 orang peserta telah terpilih bagi mengikuti program KLAS ini selama 6 sesi.
Program ini , bertujuan untuk memberi pendidikan dan pendedahan asas berkaitan renang kepada kanak-kanak sebagai salah satu kemahiran untuk menyelamatkan diri jika berlaku sebarang insiden semasa mengikuti aktiviti -aktiviti yang melibatkan air.
Pendaftaran bagi siri seterusnya masih dibuka. Bagi yang berminat untuk hantar anak ke KLAS Renang boleh mendaftar di pautan link dibawah
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScR0Cei7xF2n2nAr5-NtySoQZqbGQ7BsfM4RXWtb52ahsXkVA/viewform
P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta yang berjaya akan dihubungi oleh urus setia bagi penyelarasan lanjut
#JBSNBersama
#jbspenang
#Klasrenang
- JBS Penang
- Hits: 226










