Georgetown, 11 Ogos 2023 - Pameran dan jualan adalah antara acara sampingan sempena Fit Malaysia Pulau Pinang 2023 pada 6 Ogos bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Antara agensi yang terlibat adalah Decathlon, Aeon Big, Pesron, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut.
Georgetown, 11 Ogos 2023 - Pertandingan Sepak Takraw antara acara sampingan sempena Fit Malaysia Pulau Pinang 2023 pada 6 Ogos bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Georgetown, 11 Ogos 2023 - Pertandingan Petanque Perseorangan diadakan untuk memeriahkan lagi Program Fit Malaysia Pulau Pinang 2023 yang dilaksanakan pada 6 Ogos 2023 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Penyertaan seramai 128 orang.
GELUGOR, 11 Ogos 2023 - Pada 9 Ogos 2023 PBSD TL menerima lawatan Naziran Tadbir Urus dari Unit Pengurusan/Pentadbiran, JBS Pulau Pinang. Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pembantu Tadbir (Puan Erdawati Binti Ahmad). Skop naziran dan pemantauan ini merangkumi pengurusan pentadbiran serta pengurusan aset dan stor.
Terima kasih atas teguran dan perkongsian pendapat untuk memastikan pengurusan pentadbiran serta pengurusan aset dan stor dilaksanakan dengan teratur dan mengikut garis panduan.
BALIK PULAU, 9 Ogos 2023- Satu lawatan Naziran Tadbir Urus dari pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah dijalankan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, disini pada 7 Ogos 2023 yang lalu.
Barat Daya menjadi daerah dan lokasi pertama menerima naziran ini sebelum ia diteruskan ke semua daerah dan premis-premis dibawah pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Naziran tersebut antara tujuannya adalah bagi memastikan pematuhan arahan keselamatan pejabat, pematuhan pekeliling perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan efisien serta pengurusan aset.
Naziran ini dilihat amat baik dan perlu diadakan secara berkala bagi memastikan pengurusan pejabat-pejabat di bawah naungan JBS Pulau Pinang kekal relevan dan mampu menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya para penggiat belia, sukan dan rakan muda di daerah ini.
KEPALA BATAS, 9 Ogos 2023- PBSD SPU menerima lawatan Naziran Tadbir Urus dari JBS Pulau Pinang. Lawatan yang diketuai oleh Puan Erdawati Binti Ahmad ini merangkumi naziran pengurusan pentadbiran serta pengurusan aset alih kerajaan.
Terima kasih atas perkongsian pendapat, perbincangan dan teguran untuk memastikan pengurusan di PBSD SPU akan sentiasa mengikut garis panduan dan pekeliling ditetapkan.
KEPALA BATAS, 9 Ogos 2023 - Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi Kajian e-Sports di Malaysia bagi zon utara telah diadakan bertempat di E-Sports Youth Cabin, Kepala Batas oleh pegawai-pegawai dari IYRES KBS pada 7 Ogos 2023.
Puan Natrah Esa dari Pejabat Belia turut hadir dalam perbincangan tersebut.
KEPALA BATAS, 9 Ogos 2023 - Selasa 8 Ogos 2023; Pejabat Belia Dan Sukan SPU telah menerima kunjungan dari beberapa Pegawai dari Unit Sukan UiTM Permatang Pauh iaitu En. Muhamad Khuzaime Bin Azuddin, Ts. Dr. Mohd Samsudin Bin Abdul Hamid, Pn. Azizah Bt Ahmad serta beberapa orang lagi pegawai untuk sesi perbincangan dengan lebih lanjut berkenaan penggunaan Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal yang terpilih sebagai salah satu venue Sukan Bola Jaring bagi Karnival Sukan Mahasiswa ( KARiSMA ) Kali ke-28 ( XXVIII) 2023 pada 19-23 September 2023 nanti.
Georgetown, 8 Ogos 2023 - Jelajah Genta Belia merupakan salah satu inisiatif baru KBS bagi membantu golongan belia dan memberi pendedahan berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi kepada belia serta menigkatkan penglibatan belia dlm aktiviti ekonomi dan perniagaan Perbincangan lanjut antara En Mohamed Mahathir Bin Yahya - Pegawai Unit Belia bersama En Tan - Pengurus Hin Bus Depot bagi menyelaraskan pelaksanaan Jelajah Genta Belia Daerah Timur Laut pada 19 Ogos 2023 nanti. Semua masyarakat dijemput Hadir.